Khas buat Pelajar Tingkatan 5 2010.... Lama juga video ni.. 09:16 minit... Apapun tolonglah tengok ya... Sokonglah Pahaikan.com...

Majlis Solat Hajat, Restu Ilmu dan Penyerahan LAB Tingkatan 5 SM Teknik Tawau 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada pagi hari ini.

Majlis bermula dengan Acara Solat Hajat dan Bacaan Yasin yang dikendalikan oleh koordinatornya, Ustaz Noran Zaidi Abdullah. Segala persiapan untuk acara ini berjaya disempurnakan semalam, sehari menjelang majlis. Persiapan ini melibatkan 3 buah tangki disediakan untuk mengambil air sembahyang dibahagian tepi Dewan Tun Ahmad Shah. Pada masa yang sama, para pelajar non muslim dikumpulkan di BMG1 untuk program berbentuk motivasi dibawah kendalian saya, Cikgu Keegan dan Cikgu Roscalia.

Walaupun kehadiran ibubapa tidak terlalu memberangsangkan namun ucapan terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah bersusah payah untuk menghadiri majlis tersebut. Maklumlah... Hari bekerja...


Pengetua, Encik Johan Okasa memberikan nasihat yang berguna kepada pelajar dalam ucapan beliau...

Selepas habis Acara Solat Hajat, program diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar, Ucapan YDP PIBG, Ucapan Pengetua dan Penyampaian Sumbangan Ikhlas kepada Anak-anak Yatim dan Pelajar Miskin sebanyak RM100 seorang.


Salah seorang pelajar terharu semasa menerima sumbangan ikhlas daripada pengetua


Kaunter ambil duit bah pula ni... Kenapa tangan tu berpusing Noi...

Kemudian, Ceramah Sesuci Kasih Membawa Kejayaan mengambil tempat dengan menggunakan khidmat penceramah luar yang dijemput khas dari ABIM. Saya berpendapat, sesi ceramah selama satu jam ini berjaya menaikkan semangat dan memunculkan keinsafan dalam diri pelajar apabila ramai pelajar menitiskan air mata sambil diiringi oleh tangisan yang sayu. Semoga ia akan membawa suatu pengertian baru untuk konsep Kasih Sayang yang cuba ditonjolkan oleh penceramah tersebut.


Para pelajar dan ibu bapa memberikan tumpuan kepada penceramah semasa Ceramah Sesuci Kasih Membawa Kejayaan berlangsung...

Selepas itu, majlis diteruskan dengan Majlis Restu Ilmu. Para guru mengambil tempat masing-masing dan pelajar mula memasuki Dewan Tun Ahmad Shah dari bahagian depan dewan. Barisan guru lelaki didahului oleh pengetua manakala barisan guru perempuan didahului oleh Cikgu Norhayati Sakka.


Guru lelaki dan perempuan membuat dua barisan berasingan untuk menyambut para pelajar dalam Majlis Restu ini...


Pengetua mendahului guru-guru lelaki semasa Majlis Restu berlangsung...

Kemudian yang terakhir ialah Penyerahan LAB kepada pelajar di kelas masing-masing....


Cikgu Arash dan Cikgu Zubir memberikan penerangan terperinci tentang pencapaian pelajar berdasarkan keputusan pelajar dalam Transkrip Peperiksaan Percubaan SPM 2010

Semoga usaha dalam majlis seumpama ini, walau dimana pun ianya dilakukan... Diharapkan agar ianya dapat mencapai matlamat dan memberikan kesan yang maksimum kepada pelajar.....


Mungkinkah keputusan SPM akan lebih baik daripada percubaan?

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam program ini sama ada secara langung atau tidak langsung.....


Guru-guru menjamu selera di kantin sekolah sementara menunggu program seterusnya...


Berselera pula Cikgu Aseng kita ni... Apa pun makan dulu baru sambung kerja...

CATATAN: Hilang macho pula kali ni....