Antara guru yang sibuk memasukkan markah ETR untuk Headcount SPM 2010 di Makmal ICT, SM Teknik Tawau

Menunggu guru-guru untuk menyiapkan Headcount bagi pelajar biasanya akan mengambil masa yang lama. Oleh itu, melalui kerjasama antara Cikgu Sariah dan Cikgu Shamsul Nizam, pengisian markah ETR secara berpusat di Makmal ICT, SM Teknik Tawau dilakukan selama dua hari iaitu 03 - 04 Februari 2010.

Kerja guru dipermudahkan dengan penggunaan perisian yang mengira sendiri markah sasaran pelajar untuk setiap peperiksaan sumatif berdasarkan TOV dan ETR yang telah dimasukkan. Apa pun... Sekiranya kerja mudah seperti ini tidak disiapkan oleh guru-guru, pastinya beban akan beralih kepada guru Headcount iaitu Cikgu Sariah. Jadi... Kita buat apa yang sepatutnya... 

CATATAN: Ada yang belum lagi ke???