Kaunter pembayaran yuran dan penghantaran dokumentasi...

Entri ini hanya sebagai makluman kepada semua sekolah dalam Daerah Tawau yang tidak dapat menghadiri mesyuarat kali ini. Beberapa perubahan telah dipersetujui oleh sekolah-sekolah terlibat dan untuk maklumat lanjut sila hubungi Pengerusi TAWAU SPEED TEAM, Puan Jamirah Rahmad (019-8606392) dan Pengarah Program EXPO INSTIK 2012, Cikgu Darawati Patarudin (0138842711).


Cikgu Darawati bersama Puan Jamirah mempengerusikan mesyuarat ini...


Antara contoh kain banting yang bakal digunakan...

Sebanyak 13 buah sekolah dari 21 buah sekolah menengah mengesahkan penyertaan dalam pertandingan kali ini. Yang baki 8 tu diminta untuk mengesahkan penyertaan secepat mungkin kerana tarikh EXPO ini ialah pada minggu hadapan, 13 - 14 September 2012.


Kira duit ya Cikgu Siti Zalina...

Pengundian kedudukan booth pameran juga sudah dijalankan, jadi kepada sekolah yang tiada wakil semasa mesyuarat kali ini terpaksa menerima tempat yang dikhaskan kepada mereka... Tiada undi-undi sudah...


Wah... Sampai ke depan pula...

Oh ya... Lupa pula.. Ada jamuan pula masa mesyuarat ni.. Mengikut maklumat katerer yang menyediakan makanan, mungkin pihak PPD Tawau yang menguruskan jamuan tersebut. Apa pun, terima kasih kepada yang pihak yang memberikan sumbangan....


Jamuan makan untuk mesyuarat kali ini...


Ada berita terkini??....

CATATAN: Macam ada hadiah RM1000.00 menanti pemenang keseluruhan.... Betul ka tu?