Mesyuarat belangsung di Bilik Mesyuarat Grorich 2

Mesyuarat Penguusan Makmal Sains SM Teknik Tawau ini bertujuan untuk membincangkan sistem pengurusan makmal yang lebih berkesan untuk memenuhi permintaan Instrumen Penarafan Kendiri Pengurusan Makmal Sains Sekolah Menengah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Instrumen yang mengandungi 11 dimensi dengan 54 elemen ini membawa wajaran 100% yang membolehkan makmal sekolah diberikan penarafan bintang dari 1 hingga 5. Instrumen ini sudah pun diisi untuk pertama kali pada tahun ini (bulan Jun) namun ia berada pada tahap yang kurang memuaskan.


(Dari kiri) Puan Siti Aishah Ong (Applied Science), Puan Suhaiza Undan (wakil Fizik) dan Puan Hartini Mokhsin (Sains) yang komited menguruskan makmal masing-masing supaya mencapai tahap yang memuaskan...

Mesyuarat yang telah dijalankan pada 15/11/2010 ini dipengerusikan sendiri oleh Pengetua, Encik Johan Okasa dan dihadiri oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Azman Mansur, Ketua Bidang JabatanSains & Matematik, Cik Darawati Pataruddin, barisan Ketua Panitia dan barisan pembantu makmal.


(Dari Kanan) Encik Hardiansah Wahab, Encik Saip Hindia dan Encik Sairin Mohammad... Barisan pembantu makmal yang sentiasa memastikan makmal dalam keadaan tip top...

Dan hasil daripada mesyuarat ini:
  • Setiausaha: Puan Hartini Mokhsin
  • Auditee: Puan Siti Aishah Ong
  • Kebersihan & Keceriaan: Puan Suhaiza Undan
  • 5% daripada PCG panitia masing-masing akan digunakan untuk meningkatkan keceriaan makmal.
  • Instrumen akan diisi oleh Ketua Panitia dengan Pembantu Makmal 2 kali setahun.
  • 3 fail induk diwujudkan bersama dengan 17 fail lain
  • Setiap kali membuat aduan kerosakan, 3 salinan perlu dibuat (S.K: Ketua Bidang, Fail Kerosakan dan Juruteknik Sekolah)
Sila rujuk atau download Instrumen Penarafan Kendiri Pengurusan Makmal Sekolah Menengah di sini: http://ppdmuar.my/utama/attachments/article/653/460_BORANG%20PENARAFAN%20KENDIRI%20MAKMAL
%20SAINS%20SEKOLAH%20MENENGAH%202.12.pdf

CATATAN: Semoga semua perancangan berjalan dengan baik...