Pelajar Tingkatan 4 Sesi 2010 bersemangat ketika mengangkat ikrar pelajar SM Teknik Tawau...

Minggu Penjanaan Minda yang bermula sejak Selasa (02/02/2010) berakhir kelmarin dengan suasana yang gembira. Semangat pelajar Tingkatan 4 yang baru mula dirasakan melalui nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanahairku dan lagu sekolah yang dinyanyikan dengan kuat dan jelas. Dan semangat yang sama terus disuarakan melalui bacaan ikrar pelajar yang diketuai oleh Perdana Menteri (SVC), Adik Hermanshah Herman. 


Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang Minggu Penjanaan Minda 2010..

Mengimbau semula Minggu Penjanaan Minda... Banyak aktiviti yang telah dilaksanakan, antaranya ialah ceramah, Explore Race, Taklimat Jabatan dan LDK. Saya tidak terlibat secara langsung dalam Minggu Penjanaan Minda ini, jadi tidak banyak yang dapat saya kongsikan bersama. Apa pun semua aktiviti telah dijalankan dengan baik.


Tetamu kehormat (VIP) dalam Majlis Penutupan Minggu Penjanaan Minda SM Teknik Tawau (Dari Kiri: En. Saman Bin Hj Ongki - Timb. Yang Dipertua PIBG, En. Mohd Rashid Bin Saad - Yang Dipertua PIBG, Johan Okasa - Pengetua SM Teknik Tawau dan Isteri En. Mohd Rashid Bin Saad.

Dalam majlis ini, beberapa hadiah dan sumbangan turut disampaikan. Hadiah berupa hamper diberikan kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga untuk keseluruhan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Minggu Penjanaan Minda. Tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan 11, Kumpulan 14 di tempat ke-2 manakala Kumpulan 4 di tempat ke-3. Hadiah disampaikan oleh En. Saman Hj Ongki. Seterusnya sumbangan berupa buku dan wang disampaikan kepada anak yatim oleh En. Mohd Rashid Saad. Tahniah kepada semua penerima....


Ucapan tahniah juga harus diberikan kepada semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Minggu Penjanaan Minda SM Teknik Tawau 2010. Program yang memakan masa lebih kurang lima hari ini menagih komitmen yang tinggi daripada semua guru terutamanya yang bertugas disebelah petang, malam dan subuh... Ruang dan masa yang telah disumbangkan demi kejayaan program seperti ini sememangnya harus mendapat penghargaan dan PIBG mungkin boleh mengiktiharkan suatu bentuk penghargaan kepada semua guru... T-shirt untuk Sinar Obor Teknik mungkin.... (Cadangan sahaja...)...


Antara guru-guru yang bertugas dengan penuh dedikasi menjayakan Majlis Penutupan Minggu Penjanaan Minda 2010...

CATATAN: Minggu depan kelas bermula...