Antara tetamu kehormat untuk Majlis Perasmian Penutupan MTQ Peringkat Daerah Tawau 2010

CEMERLANG!! Itulah perkataan yang paling tepat untuk menjelaskan penganjuran MTQ Peringkat Daerah Tawau 2010. Tahniah kepada Pasukan Jawatankuasa Pengelola MTQ iaitu SM Teknik Tawau terutamanya kepada Panitia Agama Islam SM Teknik Tawau. Pasukan ini telah bertungkus lumus selama dua minggu untuk menyediakan peralatan, mengadakan perjumpaan dan perbincangan yang akhirnya dijelmakan kepada suatu hasil yang cukup membanggakan. Tidak dinafikan komitmen dan kerjasama dari guru-guru sekolah lain di dalam Daerah Tawau turut menyumbang ke arah kecemerlangan penganjuran tahun ini.


Antara guru-guru SM Teknik Tawau yang setia menanti keputusan pertandingan...

Saya juga dimaklumkan bahawa SM Teknik Tawau mencipta sejarah dalam penganjuran MTQ apabila MTQ pada kali ini diselesaikan dalam masa sehari sahaja berbanding 2 hari pada tahun-tahun sebelumnya. Mungkin penggunaan menyeluruh bangunan sekolah menjadi salah satu sebab kenapa majlis ini dapat diselesaikan dalam sehari dan idea ini perlu diambilkira oleh pihak pengelola pada tahun hadapan. Kos penganjuran MTQ peringkat Daerah Tawau yang biasanya dalam julat RM10000 hingga RM20000 juga telah dikurangkan sehingga lebih daripada 50%. Tahniah dan syabas sekali lagi... Memang jimat betul...

Semua acara yang dipertandingkan bermula serentak pada jam 8:00 pagi dan berakhir kira-kira jam 11.30 pagi. Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah, Hafazan, Bercerita, Syarahan Agama dan Syarahan Bahasa Arab. 16 buah sekolah bertanding dalam Kategori Sekolah Menengah iaitu SM Teknik Tawau, SMK Merotai Besar, SMK Jambatan Putih, SMK Kuhara, SMK Pasir Putih, SMK Abaka, SMK Umas-umas, SMK Tawau, SMK Jalan Apas, SMK Titingan, SMK Kabota, SMK St Patrick, SMK Balung, SMK Wallace Bay, SMK Kalabakan dan SM Islamiah Tawau.

Dalam Kategori Sekolah Rendah pula, 6 Zon menghantar wakil terbaik mereka. Zon-zon tersebut ialah Zon Merotai (SK Abaka, SK Merotai Besar, SK Kuala Merotai dan SK Bombalai), Zon Kalabakan (SK Brumas, SK Umas-umas dan SK Kalabakan), Zon Bandar Selatan (SK Titingan, SK Holy Trinity, SK Bandar Tawau II dan SK Kem Kabota), Zon Bandar Utara (SK St Patrick, SK Bandar dan SK Muhibbahraya), Zon Balung (SK Batu 22, SK Balung dan SK Ranggu) dan Zon Sebatik (SK Sungai Tongkang).   


Ucapan perasmian oleh Wakil Encik Darman Shah Bin Hj Asakil iaitu Encik Hadi Abdul Karim kira-kira jam 12:30 tengahari

Majlis Perasmian Penutupan MTQ 2010 berlangsung kira-kira jam 12:00 tengahhari di Dewan Tun Ahamadshah yang terhias cantik, sesuai dengan suasana kejohanan peringkat Daerah Tawau. Perasmi majlis ini ialah Encik Darman Shah Hj Asakil iaitu Pegawai Pelajaran Daerah Tawau tetapi beliau tidak dapat menghadirkan diri atas sebab tertentu. Beliau diwakili oleh Encik Hadi. Selepas ucapan perasmian dilakukan, keputusan pertandingan diumumkan oleh Ketua Jemaah Hakim MTQDT iaitu Ustaz Mohd Khushairi Mohd Akhir.


Tahniah kepada Johan Keseluruhan kedua-dua kategori iaitu Zon Bandar Utara (kiri) dan SM Islamiah Tawau...

Tahniah diucapkan kepada SM Islamiah Tawau yang berjaya merangkul 3 emas dan 5 perak untuk mengenggam gelaran Johan Keseluruhan Kategori Sekolah Menengah melebihi pungutan pingat SMK Kuhara yang mendapat 3 emas dan 1 gangsa. Untuk Kategori Sekolah Rendah pula, Zon Bandar Utara menjadi johan dengan pungutan 4 emas dan satu gangsa.

Tahniah kepada semua yang menang dan kepada yang tidak berjaya... Jangan putus asa.. Cuba lagi ditahun hadapan!! Sekian..


Pelajar SM Teknik Tawau yang sempat bergaya untuk kenangan MTQ yang bersejarah ini...

Gambar yang sempat diambil semasa MTQ 2010 boleh didownload di sini: Album MTQ 2010



CATATAN: Tuan rumah tiada pingat pula ni.... isk... isk..