Klik gambar untuk laman web SBPA dalam jpa.gov.my

Hmm... Pekeliling perkhidmatan sudah pun dikeluarkan awal bulan ni tapi sekarang baru berkesempatan untuk membacanya. Apa pun, yang paling penting TARIKH TUTUP PENYERTAAN OPSYEN INI IALAH 30 DISEMBER 2011.

Kepada yang belum "mengintai" pekeliling ini, bolehlah klik link dibawah: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2011 - PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERSEKUTUAN

Secara ringkasnya, Pekeliling Perkhidmatan (Untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) ini bertujuan untuk melaksanakan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi pegawai tetap skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD), Perkhidmatan Awam Persekutuan yang melibatkan struktur perkhidmatan merangkumi skim perkhidmatan, syarat perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, dan persaraan serta faedah persaraan.

Kepada yang bersetuju untuk menerima opsyen ini (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan), sila klik link ini dan download: http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2011/guru/pp132011-pendidikan.pdf. Dapatkan Lampiran G1, G2, G3 dan G4 dari file ini. File ini SECURED, jadi kepada yang ingin meng"edit"nya (tak payah tulis pakai tangan, taip dengan komputer dan print - lebih kemas), sila unlock di sini: http://www.pdfunlock.com (Caranya: Download file, buka site pdfunlock.com, browse (cari) file yang didownload tadi dan klik unlock).

CATATAN: Rasanya bagus terima saja opsyen SBPA ni... Ada komen??