Concentrate pula si Syafiq ni...

JUPEM atau Jabatan Ukur dan Pemetaan (Tawau) telah bertandang ke SM Teknik Tawau untuk melaksanakan Program Motivasi dan Penggunaan Alat Geometik. JUPEM yang dijemput khas oleh Jabatan Teknikal SM Teknik Tawau telah berjaya memberikan impression yang sangat baik kepada para pelajar kursus Teknikal (Kejuruteraan) tentang bidang tugas mereka dan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian nanti.


Saya mau cuba dulu la ni...


Wah nampak kamera pula ni... Hehehe...

Saya pun sempat melawat tapak pameran ini dan tidak dinafikan kerja diaorang ni seronok dan penting untuk memberikan keterangan terperinci dalam peta terutamanya peta Sabah.


Korang tanya apa tu?


Adjust benda ni supaya ngam dengan benda di sana tu...


Boleh faham ka ni..??


Minat pula korang ya...


Pasal kedudukan bulan dengan tarikh lahir...


Nasib baik hari ni tidak hujan...


Cari kampung halaman ka..??


Apa nama ni barang ni Cikgu Supiansiah?

Walau bagamanapun, pameran ini mungkin pameran yang pertama dan terakhir kerana kursus teknikal tidak akan ditawarkan lagi bermula tahun hadapan. Sekurang-kurangnya, pendedahan pelajar kepada peralatan khas yang digunakan untuk pemetaan dapat memberikan mereka idea dan pengetahuan khusus untuk dikongsi bersama pelajar dan individu lain. Secara tidak langsung, minat dan motivasi mereka ditingkatkan dan mungkin, ada antara mereka yang berminat dengan bidang ini dan akan belajar dengan lebih tekun supaya hasrat untuk menyarung "jersi" JUPEM akan tercapai...


Makan tetap berselera... Tengok Encik Victor (kiri)...


Yang duduk sebelah Cikgu Fakhrurazi ni boss JUPEM Tawau...


Kenderaan yang digunakan oleh JUPEM...


Bestnya kalau ada satu Land Rover macam ni... Semua jalan pun sapu...

CATATAN: Kalau bikin geran tanah boleh ka ni... Hehehe...