Banner Pelancaran SINDEX 2010 di Dewan Tun Ahamadsah SM Teknik Tawau

Majlis Pelancaran SINDEX 2010 telah dilangsungkan di SM Teknik Tawau pada 27 Mei 2010 oleh Kelab Rotary Tawau Tanjong. Sebanyak 8 buah sekolah sekitar Tawau telah menghadiri majlis ini yang telah dirasmikan oleh Datuk Hajah Fatimah yang mewakili Datuk Seri Panglima Datuk Salleh Bin Tun Haji Mohd Said.

Selepas majlis pelancaran dan penyampaian cenderahati, format dan peraturan pertandingan SINDEX 2010 dijelaskan kepada semua hadirin yang hadir melalui persembahan PowerPoint oleh Kelab Rotary Tawau Tanjong yang diketuai oleh Encik Vincent Chong.


Suasana bertukar bising apabila Kelab Rotary Tawau Tanjong mula memberikan hadiah kepada setiap pemenang yang menjawab soalan berkaitan SINDEX 2010 dengan betul...


Antara wajah-wajah yang memeriahkan majils ini...

Peringkat akhir Bahagian Tawau akan diadakan di Eastern Plaza pada 31 Julai 2010. Hadiah untuk Bahagian Tawau ialah:

Tempat pertama: Wang tunai RM2000 dan sijil
Tempat ke-2: Wang tunai RM1500 dan sijil
Tempat ke-3: Wang tunai RM1000 dan sijil
Tempat ke-5 hingga ke-8: Wang tunai RM500 dan sijil


Salah seorang anggota Kelab Rotary Tawau Tanjong, Encik David (rasanya) memberikan soalan terakhir sebelum majlis bersurai...

Semua pemenang tempat pertama, ke-2 dan ke-3 bakal mewakili Daerah Tawau ke Pusingan Akhir Peringkat Negeri Sabah di Universiti Malaysia Sabah pada 18 - 19 September 2010. Hadiah utama di pusingan akhir ialah RM5000.00 dan sijil.

CATATAN: Harap-harap SM Teknik Tawau dapat menempah satu tempat ke Pusingan Akhir Negeri Sabah...