Encik Ismail menyampaikan hadiah berupa jersi kepada Pemenang Kuiz Kimia Online Pahaikan.com Siri 3, Adik Nizam Laupa

Kuiz Kimia Pahaikan.com Siri 3 telah pun dimenangi oleh Adik Nizam Laupa dari Kelas 5 RC, SMK Kuhara. Hadiah telah disampaikan sendiri oleh penaja, Encik Ismail Awang di Kedai AG Sports.com lebih kurang jam 5:30 petang pada 28/07/2010 yang lepas.

Hadiah berupa jersi pilihan sendiri ini adalah tajaan AG Sports.com yang turut prihatin dengan pencapaian matapelajaran Kimia dalam Daerah Tawau.


Adik Nizam sedang mencari jersi pilihannya...

Dalam majlis penyampaian ringkas ini, Encik Ismail dengan berbesar hati menyampaikan... Bukan satu tetapi dua jersi kepada Adik Nizam. Satu jersi Malaysia (AWAY) berwarna biru dan satu lagi jersi Livepool Musim 2009/10 berwarna merah (Dengan tulisan Liverpool dibahagian dada). Berbanyak-banyak ucapan terima kasih kepada pihak penaja... Adik Nizam yang telah menunggu lebih kurang 2 minggu untuk hadiah tersebut sememangnya berasa sangat gembira....


Encik Ismail turut membantu mencari jersi...

Untuk makluman para pembaca, entry untuk AG Sports.com telahpun dimasukkan dalam Blog Pahaikan.com sebelum ini. Sila klik sini untuk mengakses entry tersebut: Penaja Kuiz Kimia Online Pahaikan.com Siri 3.


Antara cenderamata kelab ternama yang turut dijual di kedai ini...

Kepada yang belum memiliki jersi kelab kegemaran masing-masing, anda bolehlah berkunjung ke kedai ini yang terletak bersebelahan dengan Standard Chartered Bank di kawasan dekat Panggung Wayang Star Cineplex.... Jersi replika yang ditawarkan di AG Sports.com adalah jersi berkualiti tinggi pada gred AAA...

Terima kasih sekali lagi kepada AG Sports.com.....

CATATAN: Kalau ada yang mau sponsor untuk kuiz ini... Pahaikan.com sangat berbesar hati menerimanya...