Pemilihan pemain bola sepak untuk Tingkatan 4 telah berlangsung semalam dengan hampir 60 orang pelajar turun untuk menunjukkan bakat masing-masing. Menurut Pengurus Pasukan, tidak ramai bakat yang bagus di kalangan Tingkatan 4 ini. Cuma terdapat seorang dua sahaja yang mungkin akan mendapat tempat ke skuad akhir nanti. Sebelum ini, terdapat beberapa pelajar yang dikatakan mewakili daerah dan negeri dikalangan Tingkatan 4 namun tiada yang sesuai seperti yang diwar-warkan.

Daripada keseluruhan pelajar yang turun, jumlah tersebut dikecilkan kepada 16 orang sahaja. Mereka ini akan dibawa ke proses pemilihan seterusnya yang akan berlangsung Rabu ini sekiranya tiada halangan.

Apa pun terima kasih kepada semua yang telah menunjukkan kesungguhan dalam proses pemilihan ini.

CATATAN: Ada yang bilang negeri tapi main macam wakil kampung saja ....