Mampukah Pengurus (Aliran Liverpool), Ketua Jurulatih (Aliran Manchester United) dan Penolong Jurulatih, Haindy Sapikit (Aliran Chelsea - Tiada dalam gambar) ini membawa Pasukan Bola Sepak Bawah 18 Tahun SM Teknik Tawau ke suatu tahap membanggakan?

Seramai 22 orang pelajar turun untuk pemilihan pemain bola sepak Tingkatan 5 untuk Pertandingan Bawah 18 Tahun MSSM Daerah Tawau pada kali ini. Masing-masing mempertaruhkan kemampuan dari segi teknik dan taktikal supaya terpilih ke peringkat pemilihan seterusnya pada minggu hadapan. Ternyata kesemua pelajar yang turun adalah pelajar yang boleh bermain dengan baik.

Sebenarnya untuk pemilihan ini, satu perlawanan persahabatan dengan Remaja TM FC telah dirancang. Namun, atas sebab tertentu, ianya tidak dapat direalisasikan. Oleh itu, pelajar dibahagi kepada dua kumpulan dan satu perlawanan persahabatan dijalankan. Rasanya, tidak semua pelajar dapat bermain pada posisi kegemaran namun di mata Pengurus dan Ketua Jurulatih, perkara itu akan ditentukan kemudian.


Antara aksi yang sempat dirakamkan. Ada juga yang termuntah.... Isk.. isk..

Kelibat beberapa pemain sekolah tahun lepas menarik perhatian saya kerana mereka makin menunjukkan kematangan dalam permainan mereka. Antaranya ialah Qayyum, Marlan, Syazrin dan Nazri. Yang pasti mereka ini masih belum mencapai tahap kecergasan yang diperlukan.


McManus memberikan kata-kata perangsang buat semua pemain...

Setelah bermain kira-kira 60 minit, Cikgu Haindy yang menjadi pengadil perlawanan memberhentikan permainan. Semua pelajar diminta berkumpul dan Cikgu McManus memberikan kata-kata perangsang untuk menguatkan semangat mereka. Pelajar yang kelihatan agak kepenatan, mendengar dengan teliti dan dari riak wajah mereka ada yang berasa puas dengan apa yang telah mereka persembahkan.

Setelah itu, keputusan pemilihan dibacakan oleh Cikgu McManus. Walaupun perit untuk ditelan, hanya 16 orang sahaja yang berjaya ke peringkat pemilihan seterusnya. Menurut Cikgu McManus, hanya 18 pemain diperlukan untuk skuad bawah 18 tahun SM Teknik Tawau. Dalam peringkat pemilihan seterusnya, pelajar Tingkatan 4 yang baru menghabiskan Minggu Penjanaan Minda akan diserapkan dan turut menjalani proses pemilihan untuk menjadikan skuad akhir yang terbaik.

Pelajar menerima segala keputusan Ketua Jurulatih....

Kepada yang tidak terpilih, jangan kecewa. Anda masih berpeluang untuk mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan yang lain. Apa pun sentiasa bersedia kerana faktor kecederaan boleh mencacatkan perancangan sedia ada. 

CATATAN: Semua boleh main tapi pemain yang bagus....