Seperti yang dirancang sebelum ini, Majlis Perpisahan Puan Fitriani Wahid telah diadakan kelmarin, hari Jumaat, 07 Ogos 2009. Puan Fitriani Wahid dengan secara rasmi meninggalkan Teknik Tawau dan mula bertugas di sekolah baru iaitu SMK Kuhara pada 10 Ogos 2009, Isnin ini.

Dalam perjumpaan pagi itu (semasa Morning Prayer), Puan Fitriani telahpun memberikan ucapan selamat tinggal kepada guru-guru. Beliau memaklumkan bahawa surat perpindahan tersebut diterima olehnya pada 30 Julai 2009 semasa menghadiri Kursus Pengetua Cemerlang di Putra Jaya. Kehadiran surat tersebut membolehkan dia mendapatkan kenaikan pangkat ke DG52 dan dengan serta merta membatalkan keperluan kursus tersebut.

Beliau memberikan satu nama yang bakal menggantikan beliau iaitu Encik Johan Okasa, bekas guru di SM Teknik Tawau yang berpindah 9 tahun lepas. Sebelum ini, khabar angin kuat mengatakan bahawa pengetua SMK Desa Kencana, Encik Ganesan akan menggantikan beliau namun persoalan yang telah lama bermain di fikiran warga Teknik Tawau akhirnya telah terjawab atas makluman tersebut.

Majlis perpisahan rasmi dengan seluruh warga Teknik Tawau telah disempurnakan di Dewan Tun Ahamadshah bermula jam 10.30 pagi dan berakhir pada 11.30 pagi. Majlis yang sederhana ini di mulakan dengan ucapan Perdana Menteri Sekolah, diikuti dengan ucapan Pengerusi KKRT, ucapan Pengetua dan penyampaian cenderamata kepada Pengetua oleh Pengerusi KKRT.

Kesedihan jelas terpancar pada wajah Puan Fitriani kerana ikatan kasih yang wujud semasa bertugas di Teknik Tawau. Pengalaman berada di sini selama 2 tahun 4 bulan pasti memberikan kenangan yang cukup manis dan berharga buat beliau.

Saya tidak dapat menjelaskan semua perkara yang berlaku semasa majlis berlangsung, oleh itu nikmatilah suasana dalam Dewan Tun Ahamadshah menerusi gambar kenangan yang sempat saya rakamkan untuk tatapan semua!!.


Peminat-peminat Man United dan Liverpool FC


Ketibaan Pengetua dan Penolong-penolong Kanan


Ucapan dari Pengerusi KKRT, Puan Rosliza Kassim


Ucapan dari Pengetua, Puan Fitriani Wahid


Pandangan dari depan!!


Guru-guru perempuan mengucapkan Seamat Tinggal kepada Puan Fitriani!!


Ada yang berpelukan!!


Ada yang ambil gambar solo!!


Ada yang ambil gambar berpasukan!!

CATATAN: Tahniah sekali lagi untuk Puan Fitriani Wahid untuk kenaikan pangkat ini!!! Dan terima kasih untuk segala kerjasama yang diberikan sepanjang berada di Teknik Tawau.