Saya berasa bangga untuk menghebahkan kepada semua pembaca bahawa Teknik Tawau akan menganjurkan suatu Program Pencarian Bakat pada minggu depan dari 03 - 06 November 2009. Program yang dinamakan Program Mencari Bintang ini akan melibatkan tiga acara iaitu bola sepak 9 sebelah, bola jaring dan nyanyian.


Shamsudin mengumumkan Program Mencari Bintang kepada pelajar Tingkatan 4, SM Teknik Tawau dalam satu perhimpunan khas pagi tadi...

Program yang mendapat tajaan dari Rakan Muda ini akan menyediakan 5 hadiah untuk setiap kategori. Butir-butir hadiah akan diberitahu kemudian. Yuran penyertaan adalah RM10.00 untuk setiap pasukan bagi bola sepak dan bola jaring, manakala untuk acara nyanyian ialah RM3.00. Penyertaan hanya dibuka untuk pelajar Tingkatan 4, SM Teknik Tawau sahaja. Tetapi ada sedikit penambahan untuk acara bola sepak dan bola jaring dimana, dua orang guru dibolehkan untuk bermain bersama pelajar. 

Penyelaras program ini ialah En Shamsudin Ibrahim dibantu oleh McManus Sing (Bola Sepak 9 Sebelah) & Kholik Maming (Nyanyian). Untuk acara bola jaring, saya masih belum mendapat makluman lanjut.

Antara tujuan program ini adalah untuk mencungkil bakat terpendam dan seterusnya mengasah bakat tersebut supaya boleh mewakili sekolah dalam suatu tahap yang lebih baik pada tahun hadapan, khasnya untuk Kejohanan Antara Teknik (KAT) 2010.

Menurut laporan terakhir yang saya terima, 14 pasukan bola sepak dan 12 pasukan bola jaring telah mengesahkan penyertaan mereka. Untuk acara nyanyian pula, masih banyak penyertaan yang sedang masuk jadi masih belum ada jumlah penyertaan muktamad dilaporkan.


Antara pasukan bola sepak 9 sebelah yang telah mengesahkan penyertaan dalam program ini...

Pahaikan.com akan cuba mengikuti semua program dan mendapatkan gambar serta berita terkini mengenai program ini. Semoga program ini berjalan lancar dan mencapai objektifnya.

CATATAN: Boleh kah join sekali ni.... Hehehehee...