Kad kredit... Kes penipuan meningkat...

Lebih kurang dalam jam 09:14 pagi hari ini, saya ditelefon oleh nombor 0321698888 yang mengatakan dia dari MBF Customer Service yang memperkenalkan diinya sebagai Chan Yong Heng. Pemanggil ini memberitahu bahawa saya ada menelefon untuk meminta menaikkan credit limit. Apabila saya mengatakan bahawa saya tidak membuat sebarang panggilan... Dia memberitahu bahawa saya mempunyai kad kredit MBF Master Gold Card yang bernombor 5419 1200 7733 8484 beralamat di Lot 219, Jalan Pantai, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.

Kemudian orang ini turut memberitahu bahawa kad ini telah di pohon pada 12/08/2010 di Kota Kinabalu, Sabah dan diaktifkan pada 10/09/2010. Satu transaksi telah dilakukan pada 19/09/2010 di Jakarta, Indonesia berjumlah RM7,800.00.

Beliau kemudiannya meminta supaya saya menelefon Bahagian Pusat Pengurusan Kad Kredit Palsu Bank Negara di talian 03-27727326. Dia turut meminta supaya saya memberitahu pegawai bertugas di Bank Negara tentang semua maklumat yang telah dia sampaikan sebelum itu...

Nasib baik pada masa yang sama saya berada di hadapan laptop dan terus menaip "Bahagian Pusat Pengurusan Kad Kredit Palsu Bank Negara" dan saya hanya jumpa yang ini...

'Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa dibuat oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana bank perdagangan.

Hakikatnya:
  • Tiada jabatan "Unit Kad Kredit Palsu" di Bank Negara Malaysia
  • Nombor telefon 8659-XXXX bukan talian telefon Bank Negara Malaysia
  • Bank Negara Malaysia TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat perbankan peribadi daripada orang ramai sama ada melalui SMS mahupun panggilan telefon.
Berdasarkan aduan yang diterima oleh Bank Negara Malaysia kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam kejadian panggilan telefon atau SMS palsu kepada orang ramai yang tidak mengetahui mengenai kegiatan ini, bagi mendapatkan maklumat perbankan peribadi mereka dengan tujuan untuk mengambil wang daripada akaun mereka.' Baca selanjutnya di sini: Berhati-hati dengan SMS dan Panggilan Telefon Palsu yang Meminta Pengesahan Transaksi Kad Kredit

Jadi saya pun menelefon MBF Customer 03-21677600 untuk meminta pengesahan kredit kad tadi. Rupa-rupanya nombor kad kredit tersebut tidak wujud dalam sistem. Memang kes menipu punya la...

Jadi sebagai mangsa yang hampir tertipu... Hehehe... Saya pun memberikan semua maklumat kepada pegawai yang bertugas di MBF Customer Service Center. Harap-harap diaorang dapat menyiasat perkara ni dan tangkap orang tu sebelum mangsanya bertambah ramai...

Baca juga: Eksekutif rugi RM18,000 ditipu sindiket kad kredit

CATATAN: Jangan tertipu dengan sindiket begini... Tanya nama bos dia kalau dia masih banyak cakap...