Pengetua, Encik Johan Okasa dan barisan pentabiran melangkah masuk ke dalam Dewan Tun Ahmad Shah sambil menerima tabik hormat daripada barisan ahli pengakap

Majlis Perhimpunan Mingguan minggu ini diserikan lagi dengan Perhimpunan Kendalian Unit Beruniform Pengakap. Ini adalah majlis perhimpunan ke-2 yang menggunakan khidmat pasukan unit beruniform sebagai pengendali majlis. Unit Pengakap dibawah guru penasihat Cikgu Zahrina, Cikgu Siti Ain Tahir dan Cikgu Fatmawati telah menerima dengan sukarela tugas ini sebulan yang lepas...

Beberapa perubahan dalam format pengendalian perhimpunan Unit Beruniform (Format yang digunakan dalam perhimpunan kali pertama) telah diaplikasikan dalam majlis ini. Apa pun perubahan akan terus dibuat supaya masa yang diambil dan perjalanan majlis menjadi lebih cepat, teratur dan mantap...


Pengetua sedang mendapatkan maklumat tentang perjalanan majlis daripada guru penasihat pengakap, Cikgu Siti Ain Tahir..


Barisan ahli pengakap yang bertugas menaikkan bendera...


Adik Firdaus sedang membacakan doa pembukaan majlis...


Inilah Ketua Platun Pengakap yang mengetuai unit pengakap yang bertugas mengendalikan perhimpunan pada hari tersebut...


Bacaan Ikrar Pelajar


Zamirul yang membacakan Laporan Guru Bertugas buat kali pertama...

Dalam Majlis Perhimpunan yang sama, hadiah dan sijil turut disampaikan. Majlis Penyampaian Hadiah itu telah disempurnakan oleh Encik Johan Okasa. Hadiah-hadiah yang telah disampaikan adalah hadiah untuk:


1.  PERTANDINGAN TOUCH RUGBY

Untuk penyampaian hadiah bagi pertandingan ini, Cikgu Arash dengan suka rela telah membacakan keputusan perlawanan.


Cikgu Arash... Macam gelap pula ni...

Menurut Cikgu Arash, Pertandingan Touch Rugby telah diadakan buat julung kalinya pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas (16 & 17/10/2010) anjuran Persatuan-persatuan Belia Tawau dengan kerjasama Pusat Sukan dan Belia Tawau. Pertandingan tersebut dibahagikan kepada 5 kategori iaitu: Bawah 12 tahun, Bawah 16 tahun, Belia, Beliawanis dan Terbuka.

SM Teknik Tawau di bawah Kelab Ragbi Teknik Tawau telah menghantar 4 pasukan. 2 untuk kategori bawah 16 tahun (Pasukan Teknik Tawau A dan Pasukan Teknik Tawau B) dan 2 untuk kategori terbuka (Teknik Sifu dan Teknik Senior).

Pencapaian:
Pasukan Teknik Tawau A: Suku akhir - Tewas kepada Teknik Tawau B dengan balingan duit syiling
Pasukan Teknik Tawau B: Separuh akhir - Tewas kepada Kuhara A (2-1)
Teknik Sifu: Suku akhir - Tewas kepada Tawau Panthers
Teknik Senior: Tempat ke-3 - Tewas kepada UiTM (3-2)


Cikgu Hillary Lagin (Teknik Sifu) menerima sijil penghargaan dari pengetua..


Cikgu Yusuf Mohd Nor (Teknik Sifu) menerima sijil penghargaan dari pengetua..


Cikgu Hashim Lahiban (Ketua Pasukan Teknik Sifu) menerima sijil penghargaan dari pengetua..


Adik Hafiz (Teknik Senior) menerima piala tempat ke-3 dari pengetua


Ustaz Jamree (Ketua Pasukan Teknik Senior) menerima trofi kemenangan dari pengetua


2.  Watikah Perlantikan Pengawas Perpustakaan, Sijil Penghargaan Pengawas Perpustakaan dan Anugerah NILAM

Dalam majlis ini juga, Unit Perpustakaan mengambil peluang untuk menyampaikan warkah perlantikan, sijil penghargaan dan Anugerah Nilam kepada warga Teknik Tawau. Cikgu Hisham Lee ditugaskan untuk membacakan nama-nama penerima...


Relaks la... Cikgu Hisham... Hehehehe..


Cikgu Hatta mengiringi Pengetua, Encik Johan Okasa untuk majlis penyampaian ini...


Antara penerima watikah perlantikan Pengawas Perpustakaan yang baru...


Terima kasih kepada wakil Pengawas Perpustakaan sesi 2009/2010, Adik Sahul

Antara penerima Anugerah NILAM ialah:

Kategori Pelajar:
Tahap NILAM: Adik Nurhana Sakkarang (5 PKE2) - 320 buah buku
Tahap Gangsa: Noraini Japar (5TKPD) - 80 buah buku
Tahap Gangsa: Nor Adila Hassan (5PKE1) - 76 buah buku

Kategori Guru:
Encik Ahmad Hussain Ahmad Rusdi - 27 buah buku
Cik Pelsida Peling - 22 buah buku



Cikgu Ahmad Hussain Ahmad Rusdi memintas semua guru untuk mengungguli Hadiah Pembaca Buku Terbanyak Kategori Guru


3. Sijil Penghargaan Kuiz Sains Universiti Of Wales


Tahniah kepada Adik Mastura, antara penerima sijil penyertaan dan transkrip untuk kuiz tersebut... Ini peringkat Antarabangsa ni...

Majlis ini diakhiri dengan ucapan dari barisan pentadbir yang menekankan tentang pentingnya pencapaian akademik untuk persediaan masa hadapan... Sememangnya itu penting...


Cikgu Azman mewakili barisan pentadbir untuk memberikan ucapan dalam majlis ini...


Tersenyum puas atau??


Terima kasih kepada Unit Pengakap yang telah menjalankan tugas dengan baik...

CATATAN: Memang lebih bergaya kalau semua barisan pentadbir mengenakan pakaian KRS...