Guru-guru pengiring untuk Perkhemahan Kadet Remaja, NGO & GO Peringkat Daerah Tawau 2010, (Dari kiri) Cikgu Norhayati Hapid dan Cikgu Hillary Lagin. Yang dua lagi, saya dan Edward kurang berkaitan... Hehehe..

Perkhemahan KRS, NGO & GO yang terpaksa ditangguhkan sebelum ini akhirnya bermula pada hari ini. Tapak perkhemahan adalah di Kem Kemahiran Pengakap Tiku, Tawau. Pihak sekolah menghantar seramai 22 orang pelajar untuk perkhemahan ini bersama dengan 3 guru pengiring iaitu Cikgu Hillary (Ketua), Cikgu Norhayati Hapid dan Cikgu Chang On Ling.

22 orang pelajar tersebut terdiri daripada 14 orang ahli Kadet Remaja Sekolah, 6 orang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah dan 2 orang ahli Renjer Puteri. Antara aktiviti yang bakal dijalankan ialah pertolongan cemas, iktihar hidup dan mengikat rakit. Memang best kalau dapat join sekali ni...

Perkhemahan ini akan berakhir pada hari Rabu, 14/04/2010.

CATATAN: Harap-harap Kem Tiku tiada masalah air dan elektrik...