Tahniah kepada guru penasihat dan pelajar yang telah menjayakan perkhemahan ini... 

Perkhemahan yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini telah disertai oleh 25 orang pelajar yang terdiri daripada 15 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan. Tapak perkhemahan ialah di perkarangan padang ERT dihadapan bengkel AKK.

Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini ialah aktiviti up-sailing dan flying fox yang masing-masing dilakukan diblok Teknikal dan di Padang SM Teknik Tawau. Menurut pelajar yang mengikuti perkhemahan ini, kedua-dua aktiviti tersebut memang agak mencabar dan menyeronokkan...


Menu utama dalam majlis penutupan perkhemahan.... Sambalnya mana??

Segala bantuan peralatan dan keselamatan sepanjang perkhemahan ini diawasi oleh ahli pasukan JPA yang terlibat. 


Antara kakitangan JPA yang hadir dalam jamuan penutupan perkhemahan KAPA SM Teknik Tawau..


Inilah barisan pelajar yang kelihatan gembira dan seronok dalam majlis penutupan perkhemahan ini...

Sememangnya saya tidak mendapat sebarang makluman tentang perkhemahan ini tetapi setelah mendapat panggilan dari Cikgu Azly kira-kira jam 9:30 malam, saya menuju ke tapak perkhemahan (Lepas balik dari Giant)... Jadi memang tidak banyak gambar yang ada dalam koleksi saya... Apa pun gambar-gambar sepanjang aktiviti perkhemahan ini akan diuploadkan kemudian selepas laporan penuh perkhemahan ini dihantar kepada saya...

CATATAN: Uisyeh... Cuti pun rajin bah diaorang ni...