4 biji lampu sorot yang menerangi kawasan perkhemahan

Siapalah PENGAWAS SEKOLAH tanpa kredibiliti... Memang begitulah sejak dari dulu. Kalau pengawas sekolah tiada kredibiliti, manalah pelajar bagi muka dengan diaorang ni...

Oleh itu, Unit Disiplin di bawah penyelaras program, Cikgu Farhan telah melaksanakan Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah bertujuan untuk memberikan "latihan kepimpinan" seterusnya meningkatkan kredibiliti pengawas sekolah SM Teknik Tawau.

Tidak banyak maklumat yang saya tahu mengenai program ini tetapi saya sempat berkunjung ke tapak perkhemahan ini pada malam 05/03/2010 (Lepas tu balik tengok EPL Man City lawan Wigan). Kem Komandan ialah Cikgu Muhammad Bin Yamalang yang nampaknya mengalami selesema... Mungkin akibat hujan atau cuaca yang terlalu panas pada masa petang tadi. Apa pun, tugas digalas dengan baik dan diharap agar semuanya akan berjalan dengan cukup baik.


Cikgu Muhammad Bin Yamalang memberikan amanat beliau sebelum aktiviti seterusnya..


"Semua pelajar yang ada di sini, dengar baik-baik..."

Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah ceramah motivasi, LDK dan protokol/cara pengendalian perhimpunan rasmi. Mungkin atau dalam kebanyakan masa, pengawas senior akan lebih "besar kepala" berbanding yang junior namun aktiviti seperti ini pastinya akan dapat memecahkan sempadan antara mereka dan berupaya untuk membina kerjasama antara mereka dengan lebih baik... Haraplah...

Apa pun, tahniah kepada Unit Disiplin atas usaha ini...

Dan, sekalung ingatan tulus ikhlas dari Pahaikan.com dengan beberapa gambar kenangan semasa kem ini dijalankan...


Unggun api kecil untuk memanaskan badan... Kurang nyamuk pula kan..


Senyuman panjang lebar dari para pengawas...


Amacam cikgu-cikgu? Ada ok?


Hei cepatlah... Barisan panjang di belakang tu...


Hm... Biar penat asal dapat bergaya depan kamera...


Macam happy pula korang dapat kunjungan dari Pahaikan.com ya...


Makan ramai-ramai macam ni memang best...


Aa.. Habiskan semuanya...


Aikk.. Posing istimewa ka ni... Adei..


Macam jual baju sekolah pula diaorang ni... Semua saiz ada...


Selipar tersusun rapi disebelah kanan khemah pengawas perempuan...


Beginilah keadaan khemah dan tempat tidur para pengawas ini...


Teruskan... Jangan malu-malu... Hehehe..

Dan akhirnya, pada hari penutupan kem, hujan turun dengan lebat...


Semua pengawas berkumpul dalam khemah diatas gelanggang sepak takraw...

CATATAN: Kecekapan pengawas menjalankan tugas pastinya akan melicinkan dan meringankan tugas pentadbir sekolah... Hmm...