Dewan Masyarakat Tawau agak sesak pada hari tersebut...

Program Motivasi Perdana 2011 untuk Pelajar SPM, STPM dan ibubapa bersama Dato Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah ini telah berlangsung pada minggu lepas, 11/10/2011 di Dewan Masyarakat Tawau. Program ini adalah anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Tawau dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Tawau.


Barisan guru pengiring yang mengiringi para pelajar SM Teknik Tawau semasa sesi motivasi ini... Cikgu Kholik tengok apa tu?... Hehehe...

Sebanyak 18 sekolah menengah sekitar Daerah Tawau telah dijemput ke program ini dan berdasarkan kepada sambutan pada hari tersebut, saya rasa program ini telah berjaya menarik minat dan mungkin, pada akhirnya berjaya mencapai objektif yang disasarkan.


Cikgu Vaea tengah mengatur ka ni...??


Memang ramai pelajar masa ni...

Saya hanya sempat datang pada awal pagi sebelum sesi Motivasi bermula.. Jadi tiadalah gambar pemberi motivasi.. Apa pun... Harap semua tip top dan dapat manfaat dariapada sesi motivasi ini....


Para pelajar SM Teknik Tawau berkumpul sebentar sebelum masuk ke dalam dewan...


Senang hatilah dapat join program ni kaann..


Cikgu Shaharudin mau bikin apa lagi tu?


Betul atau tidak ni Mail...

CATATAN: Tahun depan ada lagi ka ni?