Syarat-syarat Umum:
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010
  • Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.
  • Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
  • Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.

Cara Memohon:
  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: esptv.moe.gov.my atau datang sendiri (walk-in) ke Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional berhampiran
  • Tarikh bermula permohonan pada 4 Oktober 2010.
  • Tarikh tutup permohonan belum diumumkan lagi.

Kemudahan Asrama:
  • Kemudahan asrama disediakan di semua SMT/SMV kecuali SMV Kuching, Sarawak, tertakluk kepada had yang ditetapkan.

Senarai Kursus yang Ditawarkan Untuk Tahun 2011:


Senarai Sekolah Menengah Vokasional dan Teknik Seluruh Malaysia:

Borang Rayuan Sekiranya Permohonan Kali Pertama Tidak Berjaya:


CATATAN: SM Teknik Tawau akan di"vokasional"kan sepenuhnya pada tahun 2012