Cenderahati Kenangan dari SM Teknik Tawau untuk Cikgu Majiha yang disampaikan oleh pengetua, En. Johan Okasa dalam perjumpaan Morning Prayer kelmarin....

Cikgu Majiha Mat Lazim yang  menerima surat perpindahan yang ditunggu-tunggu sejak musim persekolahan 2010 dibuka. Cikgu Majiha mula bertugas di SM Teknik Tawau pada 15 Jun 2007 berpindah atas alasan yang sama ketika ke Teknik Tawau iaitu untuk bersama suami dan anak.

Saya mewakili Panitia Kimia Teknik Tawau mengucapkan selamat berpindah dan jangan lupakan kami di sini... Hehehe... Terima kasih atas segala usaha yang telah dicurahkan kepada SM Teknik Tawau terutamanya panitia Kimia. Sila hubungi saya untuk keputusan Kimia SPM 2010 kelas 5PKA1 dan 5PKE1 bila keputusan diumumkan nanti...

Pada hari sebelumnya, satu jamuan perpisahan telahpun diadakan di BMG 2 anjuran Jabatan Sains dan Matematik. Memang ada ambil gambar tapi memory card rosak pula... terpaksa FORMAT... Jadi tiadalah gambarrr... Apa boleh buat... Yang penting Masakan Ketam yang paling UMPHHH......

Dalam perjumpaan Morning Prayer yang sama, beberapa orang guru turut diraikan. Mereka ialah barisan Pengantin Baru Aisya, Christy dan Arnie serta mereka yang mendapat cahayamata, Adzlina dan Mohd Nor.


Kegembiraan jelas terpancar...

CATATAN: Apa petua untuk dapat pindah?...