Pertandingan ini telah dilangsungkan di SMK Tawau II selaku tuan rumah pada tahun ini. SM Teknik Tawau telah menghantar pasukan terbaik sekolah iaitu Kadet Pertahanan Awam dibawah guru penasihat Cik Norhayati Amir dan Encik Azly Salihin. Pertandingan Kawad Sekolah Menengah yang dijadualkan selama 2 hari iaitu 29 - 30/04/2010 hanya dilakukan selama sehari kerana bilangan penyertaan yang sedikit berbanding jangkaan pihak penganjur.

Pertandingan bermula tepat jam 8:00 pagi dan pasukan pertama yang melakukan kawad kaki ialah Pasukan Kadet Polis Perempuan SMK Tawau dan diikuti oleh Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Perempuan SMK Balung. (Untuk senarai peserta sila rujuk di sini: Mesyuarat Pertandingan Kawad Kaki Sekolah Menengah Peringkat Daerah Tawau Kali Ke-3). Pasukan Kadet Pertahanan Awam SM Teknik Tawau mengambil ruangan persembahan kawad kaki lebih kurang jam 11:00 pagi.


Barisan Kadet Pertahanan Awam SM Teknik Tawau.

Inilah persembahan Kawad Pasukan Kadet Pertahanan Awam SM Teknik Tawau yang telah diupload di YouTube.com:

Banyak gangguan bunyi dalam rakaman ini... Haraf maaf...


Antara hakim-hakim pertandingan tersebut.

Terdapat 20 orang hakim untuk pertandingan ini yang terdiri daripada guru dan pegawai NGO & GO sekitar Daerah Tawau. Hakim-hakim ditempatkan disemua penjuru ruang persembahan bagi melihat persembahan kawad dari pelbagai sudut.


Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat SMK Kuhara


Pasukan Kadet Polis SMK Tawau


Pasukan KRS Perempuan SMK Balung


Pasukan Pergerakan Puteri Islam Malaysia SMK Tawau


Pasukan Pengakap Laut SM Holy Trinity

Pertandingan ini tamat lebih kurang jam 3:45 petang dan Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Encik Salamah, Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Tawau. Hanya terdapat empat kategori dalam pertandingan ini iaitu kategori NGO & GO Lelaki & Perempuan dan kategori KRS Lelaki & Perempuan. Para pemenang bagi setiap kategori ini ialah:

NGO & GO Lelaki
1. SM Holy Trinity (Pengakap Laut)
2. SMK Balung (Kadet Bomba dan Penyelamat)
3. SM Teknik Tawau (Kadet Pertahanan Awam)


NGO & GO Perempuan
1. SMK Tawau (Kadet Polis)
2. SMK Kuhara (Pengakap Laut)
3. SMK Tawau (Pergerakan Puteri Islam Malaysia)

KRS Lelaki
1. SMK Umas-umas

KRS Perempuan
1. SMK Umas
2. SMK Balung
3. SMK Tawau


Tahniah kepada semua pemenang....


Wajah gembira pelajar SM Teknik Tawau setelah melakukan persembahan...


Inilah guru penasihat Kadet Pertahanan Awam SM Teknik Tawau, Cikgu Norhayati Amir dan Cikgu Azly Salihin yang bekerja keras selama 2 minggu untuk melatih pelajar baru bagi pertandingan ini. Tidak dilupakan kepada Encik Rozaimi Junaidi, prebet staff dari Jabatan Pertahanan Awam yang turut membantu mereka.

Ada juga gambar disini: http://papan-kenyataan-unit-beruniform.2739444.n2.nabble.com/Tahniah-kepada-Kadet-Pertahanan-Awam-td4989450.html#a4989450.

CATATAN: Tahniah kepada semua pelajar dan guru Kadet Pertahanan Awam diatas kejayaan ini...