Ketua Platun, Mohd Syamsul Nazri menerima Piala Johan Keseluruhan daripada Pengetua, Encik Johan Hj Okasa

Penat lelah selama lebih kurang satu bulan dijelmakan kepada keputusan yang cemerlang hari ini, apabila SM Vokasional Tawau merangkul 7 kategori daripada 8 yang dipertandingkan untuk ditabalkan sebagai johan keseluruhan Pertandingan Kawad Kaki dan Kemahiran Kadet Pertahanan Awam Peringkat Daerah Tawau 2012. Kategori yang tidak dimenangi ialah Kategori Menyelamat Perempuan yang ungguli oleh SMK Balung.


Suasana kawasan perbarisan dari pandangan atas...


Encik Johan menerima laporan dari Ketua Platun Perbarisan Kawalan Kehormat...


Encik Johan diiringi oleh pegawai JPAM untuk memeriksa perbarisan kawalan kehormat...


Ucapan perasmian penutupan Pertandingan Kadet Pertahanan Awam Peringkat Bahagian Tenggara oleh Encik Johan

Kemenangan kali ini lebih bermakna kerana ini adalah kejuaraan yang ke-4 tahun berturut-turut bagi Unit Beruniform KAPA SM Vokasional Tawau sejak 2009.

Tahun lepas, SM Vokasional Tawau bertanding di laman SMK Umas-umas dan ditewaskan oleh SMK Merotai Besar dalam Pertandingan Kawad Kaki Campuran dan SMK Umas-umas dalam satu kategori lain yang tidak dimaklumkan.

13 buah sekolah menyertai pertandingan selama 2 hari ini, antaranya SM Vokasonal Tawau, SM Holy Trinity, SMK Abaka, SMK Merotai Besar, SMK Jalan Apas, SMK Kinabutan, SMK Balung, SMK Umas-umas dan wakil tunggal dari Lahad Datu, SMK Desa Kencana (Hanya 9 yang dapat dinyatakan di sini sebab maklumat tidak lengkap).


Persembahan Perbarisan Kawad Kaki oleh Pasukan Perempuan SM Vokasional Tawau


Pemeriksaan kelengkapan pakaian unit beruniform oleh pegawai JPAM


Persembahan perbarisan Kawad Kaki oleh Pasukan Perempuan SMK Merotai Besar


Persembahan Kawad Kaki oleh Pasukan Lelaki SM Vokasional Tawau


Aksi dalam Kategori Menyelamat...


Permulaan bagi Kategori Melawan Kebakaran...


Sembur di bawah sikit la...


Gulung hos...


Macam pengsan pula ni... Penat ka??


Aksi dalam Kategori Rawatan Awal...

Untuk makluman, SM Vokasional Tawau telah 3 kali menjadi tuan rumah bagi pertandingan ini dalam 4 tahun iaitu pada tahun 2009, 2010 dan juga tahun ini, 2012.


Demontrasi Menyelamat oleh peserta...


Cepatla... Pengsan orang tu... Hehehe...


Encik Johan tidak ketinggalan untuk merakamkan aksi para peserta dalam demontrasi ini...


Bersedia untuk diangkat ke dalam ambulans...

CATATAN: Lepas ni... Peringkat Negeri lagii... Macam 40 orang akan berangkat pada 01/04/2012 ke Kota Marudu, Sabah... Semoga berjaya...