Inilah gaya-gaya peserta di atas pentas....

Festival Kesenian Islam Peringkat Daerah Tawau berakhir semalam dengan tuan rumah, SM Teknik Tawau sekali lagi menerima pujian bagi penganjuran pertandingan yang cemerlang. Majlis yang dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Tawau iaitu Encik Darmanshah Asakil ini bermula kira-kira jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 1.45 petang.


Terima kasih kepada Encik Darmansah Asakil yang tidak menghantar wakil pada kali ini...

Terdapat 9 sekolah bertanding dalam Pertandingan Nasyid Kategori Sekolah Menengah iaitu Shoutul Mujahideen (SMK Merotai Besar), Azzaftu (SMK Jalan Apas), Nurani (SM Teknik Tawau), D'G-NEWS' (SMK Kuhara), Kirana Kasih (SM Islamiah Tawau), Suara Islam (SMK Tawau II), Shoutul Insyira (SMK Abaka) dan 313 (SMK Balung). Manakala dalam Kategori Sekolah Rendah pula 6 Zon menurunkan peserta terkuat mereka iaitu Mau'izzah (Zon Bandar Utara), Soutul Jannah (Zon Bandar Selatan), Raudatul Ma'arif (Zon Balung), Soutur Rijal (Zon Merotai), Soutul Firdaus (Zon Kalabakan) dan Al-Iman (Zon Sebatik).


Gaya peserta sebelum dan selepas membuat persembahan...

Untuk Kategori Berzanji dan Marhaban pula, tiada maklumat yang dapat dikongsikan... Sorry la ya..


Terima kasih kepada kedua-dua juruacara yang sanggup bertahan sehingga pertandingan tamat...

Berikut adalah para pemenang untuk semua kategori yang dipertandingkan dalam festival ini.

Pertandingan Nasyid Kategori Sekolah Menengah:

Johan: SMK Kuhara
Naib Johan: SM Teknik Tawau
Tempat Ke-3: SMK Tawau II

Solo Terbaik: SM Teknik Tawau
Lirik Terbaik: SMK Tawau 2
Lagu Terbaik: SMK Kuhara


Pertandingan Nasyid Kategori Sekolah Rendah:

Johan: Zon Merotai
Naib Johan: Zon Bandar Utama
Tempat Ke-3: Zon Balung

Solo Terbaik: Zon Merotai
Lirik Terbaik: Zon Kalabakan
Lagu Terbaik: Zon Merotai


Pertandingan Berzanji dan Marhaban:

Johan: SMK Kuhara
Naib Johan: SM Islamiah
Tempat Ke-3: SMK Tawau

Rawi Terbaik: SMK Kuhara


Majlis Penyerahan Hadiah disempurnakan oleh Encik Darmansah Asakil diiringi oleh Encik Johan Okasa..

Tahniah kepada semua pemenang.....


Inilah barisan penyanyi Nasyid Kumpulan Nurani dari SM Teknik Tawau yang telah berjaya merangkul tempat ke-2 dalam pertandingan kali ini..

SM Teknik Tawau yang sebelum ini tidak mampu menduduki mana-mana tempat dalam pertandingan nasyid pada tahun lepas, mampu tersenyum puas dengan latihan dan usaha yang telah dicurahkan sebelum ini. Apa pun... ucapan tahniah semestinya harus ditujukan kepada Panitia Pendidikan Islam terutamanya Ustaz Noran Zaidi yang berjaya membimbing pasukan nasyid ini ke tahap yang lebih baik. Tidak dilupakan kepada semua ahli Kumpulan Nurani yang berjaya memberikan persembahan yang cukup bertenaga semasa berada diatas pentas.


Guru dan pelajar yang sempat bertandang ke Dewan Tun AhamadSah untuk menyaksikan pertandingan Nasyid yang dilangsungkan...

CATATAN: Tahun depan... Pasti boleh jadi Juara...