Gambar kenangan kedua-dua pasukan sebelum wisel permulaan...

Skuad Ragbi Bawah 18 tahun MSS Daerah Tawau menyambut kunjungan Skuad Ragbi Bawah 18 tahun MSS Daerah Lahad Datu untuk Pertandingan Ragbi Bawah 18 Tahun Peringkat Zon Tenggara di Padang The Green SM Teknik Tawau.


Pasukan Ragbi Bawah 18 tahun MSSD Tawau bersama pengurus dan jurulatih


Pasukan Ragbi Bawah 18 tahun MSSD Lahad Datu

Perlawanan bermula kira-kira jam 4:30 petang.


Apa lagi yang ditunggu tu?


Ketua pengadil mengingatkan peraturan am sebelum memulakan perlawanan...

Sebaik wisel permulaan dibunyikan, Pasukan Lahad Datu yang kelihatan sangat bertenaga terus melancarkan serangan bertubi-tubi kearah Pasukan Tawau namun semua serangan berjaya dipatahkan. Pasukan Tawau yang kelihatan agak berhati-hati akhirnya membuka jaringan selepas 20 minit permainan melalui pemain no. 8, tetapi conversion tidak berjaya mendapatkan mata. Pasukan Lahad Datu tidak menunggu lama untuk kembali kepada kedudukan seri apabila pemain no. 1 berjaya mendapat try, lima minit sebelum tamat permainan masa pertama. Conversion juga gagal mendapat mata.


Bola kami...


Macam bagus Team Tawau ni..


Pengerusi Teknik Ragbi MSS Daerah Tawau, Cikgu Rasi Solong


Sabar dulu...


Ok... 1.. 2.. 3... Prittt...


Adei... Jangan tarik yang itu la... Hehehe...


Encik Herman (Kemeja putih), wakil dari PPD Tawau bersama Penolong Kanan Kokurikulum SM Teknik Tawau, Cikgu Yahya Ismail (Kemeja hitam) turut menikmati perlawanan ini...


Antara barisan penonton... Semua peminat ragbi ka ni??

Dalam permainan separuh masa ke-2, Pasukan Lahad Datu terus meningkatkan serangan namun 6 pertukaran pemain yang dilakukan oleh Pasukan Tawau ternyata memberikan suntikan tenaga dalam pasukan dan berjaya mengekang semua serangan Pasukan Lahad Datu.


Eii.. Sikit lagi tadi tu...


Pemain Tawau sempat berborak semasa "Water Break"..


Gilbert melakukan pertukaran pemain dan perubahan taktikal semasa rehat separuh masa pertama..


Semua orang kena main peranan masing-masing...

Pasukan Lahad Datu akhirnya mendahului apabila mendapat try selepas 18 minit permainan separuh masa ke-2 berlangsung melalui pemain no. 13. Namun conversion gagal mendapat sebarang mata. Selepas itu, Pasukan Tawau meningkatkan serangan mereka dan berjaya mendapat try, 5 minit selepas try daripada Pasukan Lahad Datu. Walau bagaimanapun, conversion gagal mendapatkan mata tambahan.


Sejurus selepas scrum ini, Pasukan Lahad Datu berjaya membuat try..


Mana boleh tackle leher... Kan dapat penalti..

Walau bagaimanapun, Pasukan Tawau akhirnya memastikan kemenangan apabila dianugerahkan sepakan penalti, 12 minit sebelum permainan tamat. Sepakan yang agak mudah kerana ianya betul-betul berhadapan dengan tiang gol pasukan lawan.


Hadiah dan bola ragbi yang menjadi habuan dalam pertandingan ini...

Keputusan perlawanan ialah: Pasukan Tawau (12) menewaskan Pasukan Lahad Datu (10).


Tahniah kepada Pasukan Tawau dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. Tidak lupa juga kepada para penyokong yang setia menonton perlawanan ini hingga ke wisel penamat.


Cikgu Ishak yang datang khas untuk melihat anaknya beraksi dalam perlawanan ini


Pok Ding dan juga jurulatih pasukan SMK Kuhara (baju coklat) turut sama-sama menonton perlawanan ini...


Pasukan Ragbi SM Teknik Tawau yang bakal beraksi di peringkat Kebangsaan pun ada... Sambil training... Sambil menonton...


Budak bolasepak pun ada juga...

CATATAN: Tahniah Pasukan Tawau... Peringkat negeri di Sandakan...