Cikgu Kholik Maming mengumumkan senarai peserta Program ELIT 2012

Para peserta Program Kelas ELIT Voka , Voka 2, ERT 1 & ERT 2 diumumkan hari ini selepas Majlis Perhimpunan Mingguan. Program yang berjalan serentak dalam jadual pembelajaran harian ini, mensasarkan peserta untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 5A dalam SPM 2012 nanti...


Pengetua turut sama meraikan para peserta yang berjaya menempah tempat dalam Skuad ELIT ini...

Seramai 60 orang pelajar telah disenaraikan untuk program ini berdasarkan kepada pencapaian mereka dalam Ujian Diagnostik yang telah dijalankan pada 10/01/2012 yang lalu.


Uikk.. Malu-malu pula si Nazri Jumardi ni...


Ramai pula budak 5 Pkom dalam kelas ELIT kali ni...

Saya tidak berkesempatan untuk meminta senarai nama tersebut daripada Cikgu Kholik Maming namun saya ada sedikit kepercayaan bahawa para pelajar yang terpilih ini akan memikul tanggungjawab yang telah diberikan ini dengan bersungguh-sungguh.

Usaha seperti ini, iaitu memisahkan kumpulan pelajar pandai daripada kumpulan pelajar biasa ada kebaikan dan keburukannya. Bagaimanapun, harapan agar program yang disusun untuk kumpulan khas ini akan berjaya meningkatkan keupayaan mereka ke tahap terbaik sebelum menempuh SPM 2012 nanti...


Inilah barisan peserta Program ELIT SPM 2012


Si Racheal pun ada juga di sini...


Seronok la korang ya...

Apa pun jua, Pahaikan.com ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan pelajar ini yang berjaya melangkah setapak di hadapan berbanding pelajar lain...

CATATAN: Belajarlah bagus-bagus.... Mana tau bukan 5A saja... Tapi 10A...