Tati Aflin Joseph, Juara Unduk Ngadau Pesta Kaamatan Peringkat Perbandaran Tawau 2010

Saya tidak sempat untuk melihat pusingan awal pertandingan ini tetapi sempat melihat majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Datuk Hajah Hamisa Binti Samat, ADUN N59 Tanjung Batu. Sememangnya lesung pipit juara kali ini pasti menjadi ingatan bagi semua orang yang hadir terutamanya para pengadil yang mengadili pertandingan ini.

Menurut maklumat yang saya dapat dari Cikgu Edward Sabinus, yang juga merupakan pemain musik Kumpulan Tutunions, Tati Aflin Joseph merupakan penyanyi kumpulan Tutunions dan juga bekerja sebagai technician di Perpustakaan Negeri Cawangan Tawau (Maklumat penting ni!!! Hehehe...).

Apa pun tahniah kepada semua yang terlibat dalam pertandingan ini terutamanya pihak penganjur yang telah berjaya sekali lagi menganjurkan suatu pesta yang melibatkan hampir semua kaum di Daerah Tawau...

Disini diselitkan sekali beberapa gambar yang diambil semasa pesta ini dilangsungkan.... (Banyak gambar rosak sebab tangan bergegar... Sorry la palek!!!)









CATATAN: Tahniah kepada semua pemenang!!!