Antara aksi atlit yang bertanding untuk rumah sukan masing-masing...

Hari ke-2 Pra Sinar Obor diteruskan hari ini di Kompleks Sukan Tawau dengan 6 acara melibatkan 1500 m, 200 m, lompat jauh, lompat tinggi, rejam lembing dan 4x400 m. Tiap-tiap acara menampilkan 4 kategori iaitu Lelaki Tingkatan 5, Lelaki Tingkatan 4, Perempuan Tingkatan 5 dan Perempuan Tingkatan 4. Setiap rumah diwajibkan menghantar 2 peserta bagi setiap acara kecuali untuk 4x400 m yang memerlukan 8 orang. Hah... tujuannya ialah lebih banyak bakat dapat diketengahkan dan perasaan gembira, gerun, sedih, teruja dapat dikongsi dan dirasai bersama.


Selepas tamat semua acara yang dipertandingkan pada hari ke-2 ini, raptai perasmian Sinar Obor Teknik Kali Ke-12 dimulakan lebih kurang jam 11:00 pagi. Raptai dilakukan sebanyak 2 kali yang menyaksikan beberapa kesilapan teknikal berlaku, namun semuanya telah dapat diselesaikan dengan tenang oleh penyelaras perbarisan, Encik Buareng Rahima.


Aksi guru-guru SM Teknik Tawau di depan kamera Pahaikan.com...

Semua guru turun memberikan komitmen mereka untuk program Unit Kurikulum ini. Ada yang bertugas di tengah panas dan ada juga yang berada dibawah bumbung sambil menikmati hawa dingin dari air-cond namun dengan tujuan yang sama, segala tugas disudahkan dengan penuh tanggungjawab... Contohnya macam Cikgu Ahamad Hussain (Kursus Binaan Bangunan) kita ni...


Kecederaan yang dialami pelajar akibat kelalaian dan tidak mendengar arahan...

Kecederaan sememangnya suatu yang biasa didengar dalam sukan, namun kecederaan akibat kelalaian dan tidak mendengar arahan @ cadangan guru ialah satu tindakan yang tidak tepat. Apa pun lain kali jangan buat lagi...


Wajah-wajah pelajar SM Teknik Tawau yang sempat dirakamkan sepanjang hari Pra Sinar Obor pada 03/03/2010...

Keyakinan dan semangat berjuang pastinya mengiringi para pelajar yang bertanding dalam Sinar Obor Teknik kali ke-12 2010... Semua rumah masih berpeluang untuk menjadi juara dan yang paling penting ialah penglibatan ikhlas dalam aktiviti ini yang akan menjadikan ia sebuah kenangan untuk diceritakan sepanjang hayat.........

Terdapat 125 gambar untuk Pra Sinar Obor Teknik Kali ke-12 ini... Untuk mendownload gambar sila klik di sini: Album Pra Sinar Obor Teknik 2010.

CATATAN: Besok ada lagi ni.....