Program dijalankan di Dewan Tun Ahamad Shah

Program SIfar Jenayah ini adalah anjuran khas Kelab Pencegah Jenayah dan SLAD dibawah kendalian Cikgu Naizuwan Ramli dan Cikgu Kasmah Baharon.

Program yang berjalan selepas waktu rehat ini melibatkan semua pelajar Tingkatan 4 & 5 dengan objektif utama: Kenali dan Hindari Jenayah.


Cikgu Naizuwan bersama Insp. G. Shankar


Cikgu Kasmah dan Cikgu Naizuwan bersama C/Insp Juraimah


Ramai juga pelajar Tingkatan 4 & 5 ni...


Sambil ketawa-ketawa lagi..


Aaa... iya la tu... PEACE...


Yang ini mau tanya apa?

Program ini terbahagi kepada dua ceramah utama iaitu Ceramah dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Ceramah dari Bahagian Narkotik.

Ceramah yang pertama disampaikan oleh C/Insp. Juraimah Bt Ismail dari Bahagian Siasatan Jenayah Cawangan D7 (Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat) manakala ceramah ke-2 disampaikan oleh Insp. G Shankar Ganesh, Pegawai Penyiasat dan Operasi Bahagian Narkotik. Kedua-dua penceramah bertugas di IPD Tawau.


C/Insp. Juraimah Bt Ismail dari Bahagian Siasatan Jenayah Cawangan D7 (Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat)


Insp. G Shankar Ganesh, Pegawai Penyiasat dan Operasi Bahagian Narkotik

Banyak maklumat dikongsi bersama dalam ceramah ini tapi, saya pun tidak boleh lama sebab paper Kimia pun baru habis semalam... Markah kena hantar besok...


Antara maklumat yang dikongsi dalam ceramah ini...


Sekalung ucapan terima kasih kepada IPD Tawau

CATATAN: Masa ni, Kem Masih Ada Yang Sayang tengah berjalan di Taman Bukit Tawau...