Program yang diharapkan dapat mengembalikan perasaan mahu ke sekolah untuk menimba ilmu dan seterusnya mengawal masalah ponteng sekolah...

Dari maklumat yang saya terima, program kendalian Unit Hal Ehwal Murid (HEM) yang dikenali dengan nama Program Kembali Ke Sekolah @ Back To School ini dilaksanakan untuk mengawal masalah ponteng sekolah yang nampaknya tidak berkesudahan. Pelajar yang terlibat dalam program ini adalah pelajar (Tingkatan 4 & 5) yang telah menerima surat amaran ke-2 dan ke-3 yang mewakili kira-kira 6% dari keseluruhan pelajar di SM Vokasional Tawau.


Pendaftaran pelajar...


Antara ibubapa yang hadir untuk menjayakan program ini...


Barisan pentadbir yang mengendalikan perbincangan dari hati ke hati...

Daripada jumlah 6% pelajar tersebut, hanya kira-kira 60% ibubapa atau wakil keluarga mereka yang hadir untuk menjayakan program ini. Sememangnya usaha dan keperihatinan ibubapa yang hadir sangat dihargai dan harapan tingi pihak sekolah supaya ibubapa dapat sama-sama membantu mengawal masalah ponteng sekolah ini.


Cikgu Abdul Rahman yang bertugas sebagai pengacara majlis...


Borang AKU JANJI yang perlu ditandatangani oleh pelajar dihadapan ibubapa masing-masing...

Daripada sesi perbincangan hati ke hati yang saya sempat dengar, masalah utama yang dibangkitkan adalah motivasi pelajar dan masalah pengangkutan. Mungkin, dari satu sudut, kemasukan pelajar ke asrama akan banyak membantu masalah ponteng sekolah ini namun 30% daripada pelajar yang terlibat dalam program ini merupakan "pelajar buangan asrama". Golongan ini pastinya tidak akan mendapat tempat di asrama lagi terutamanya mereka yang telah melakukan kesalahan besar.


Acara Ikrar AKU JANJI pelajar yang diketuai oleh Adik Asmuran...


Restu dipinta, keampunan dipohon...

Apapun, diharapkan agar program ini akan memberikan impak yang disasarkan dan akan menyumbang kepada peningkatan pencapaian SPM 2012.


Ibubapa turut menaruh harapan tinggi untuk melihat perubahan, hasil daripada program ini...


Antara tenaga pengerak program ini...

CATATAN: Senang mau kenal budak SM Vokasional Tawau bila diluar sekolah.... OREN!!!!