Program Mencari Bintang Musim ke-2

Program Mencari Bintang SM Teknik Tawau kembali lagi pada tahun ini dengan menampilkan dua pertandingan tambahan iaitu Ragbi Sentuh dan Futsal Wanita. Tiga pertandingan yang asal iaitu Bolasepak 9 Sebelah, Bola Jaring dan Teknik Idol masih dikekalkan untuk mengesan bakat-bakat terpendam antara pelajar Tingkatan 4 SM Teknik Tawau pada tahun ini..

Pertandingan yang bakal berlangsung selama 3 hari iaitu dari 10 hingga 12/11/2010 ini bakal menobatkan 5 johan dalam 5 kategori yang akan menjanjikan tempat untuk mewakili sekolah ke mana-mana peringkat pertandingan pada tahun hadapan...

Pertandingan pada hari ini bermula pada jam 7:30 pagi setelah semua pelajar diberikan taklimat ringkas tentang perjalanan program. Semua kelas diwajibkan menghantar wakil dalam program ini.


Menunggu giliran selepas taklimat ringkas...

Mengikut jadul pertandingan, hanya 4 pertandingan dijalankan pada hari pertama ini iaitu Bolasepak 9 Sebelah dan Bola Jaring dijalankan serentak di The Green SM Teknik Tawau dari jam 7:30 pagi hingga 10:30 pagi dan diikuti oleh pertandingan Teknik Idol pada jam 10:30 pagi hingga jam 1:30 petang. Ragbi Sentuh menyusul pada waktu petang pada pukul 2:30 hingga 4:30 petang.

Penyelaras dan urusetia pertandingan Bolasepak 9 sebelah, Cikgu Hillary (kanan), Cikgu Shaharudin (kiri) dan Ustaz Syed Kadir...


Pelajar membantu mengangkat papan kenyataan keputusan perlawanan


Team Bang-Bang Boom


Team 4 PKE FC


Cikgu Shaharudin mengadili perlawanan antara Bang-Bang Boom dan 4PKE FC


Oh refree... Macam mau pergi jalan-jalan saja gayanya ni..


Aik... Terjahan berbahaya ni...


Team Bugis Ranger


Pelajar Tingkatan 5 turut sama menonton perlawanan bolasepak...


Pasukan PRO GOAL tersenyum puas selepas membenam LABATTA FC 2-0 dalam perlawanan pertama mereka...

Semestinya yang paling berpuas hati ialah guru-guru Sukan & Permainan sebab ramai pelajar melibatkan diri dalam program ini. Ini lebih memudahkan mereka untuk mengesan bakat terpendam pelajar berbanding hanya memanggil pelajar yang berminat untuk mewakili sekolah...


Penyelaras Program, Cikgu Shamsuddin Ibrahim bersama pengurus-pengurus pasukan...


Team AWESOME


Team Gol dan Lipstik


Cikgu Lim Lay Yong menjadi pengadil perlawanan pertama Pertandingan Bola Jaring antara PD Crewz dan PS United


Bekas peserta Mencari Bintang tahun lepas turut mencuri peluang untuk melihat pertandingan pada tahun ini...


Sudah menang kah belum main ni...


Belum main lagi ni... Sabar... Ambil gambar dulu... Hehehe..


Cikgu Rahman memeriahkan perlawanan Bola Jaring dengan mengulas perlawanan..


Cikgu Hashim turut sama menikmati pertandingan Bola Jaring sementara menunggu giliran Ragbi Sentuh pada sebelah petang..

Pertandingan Teknik Idol diadakan di Dewan Tun Ahmad Shah Sebaik sahaja perlawanan bolasepak dan bola jaring dihentikan lebih kurang jam 11:00 pagi. Para juri untuk Pertandingan Teknik Idol ialah Cikgu Rabia Yalla, Cikgu Kholik Maming dan Cikgu Siti Aishah Ong.


Para juri sibuk memberikan markah untuk peserta... Ada bantahan kah ni??


Cikgu Adibah dan Cikgu Siti Aishah Ong sama-sama bertugas untuk Pertandingan Teknik Idol...


Para petugas PA Sistem semasa Teknik Idol berlangsung...


Cikgu Kholik menyanyikan dua buah lagu sebagai lagu Pembukaan Pertandingan Teknik Idol 2010


Para peserta Teknik Tawau Idol dalam pusingan saringan...


Aik... Kenapa ko tutup teling Lim??


Cikgu Siri tidak ketinggalan untuk mendengar nyanyian para peserta


Cikgu Ishak turut menyanyikan satu lagu sebagai penutup untuk Pertandingan Saringan Teknik Idol.. Lagu Mawi...

Memang agak penat hari ini... Sebab terkejar-kejar ke padang, dewan dan kelas tapi tak apa...

Untuk melihat gambar lain semasa program ini, sila klik: Album Program Mencari Bintang 2010

CATATAN: Memang lebih ramai yang berani menunjukkan bakat mereka pada tahun ini... Sorrylah... Ragbi Sentuh tiada gambar langsung pasal ada hal peribadi sebelah petang...