Baling syiling dulu bah... Hehehe...

Berbekalkan kemenangan selesa 4-2 ke atas Umas-umas pada 10/07/2011, Pasukan SM Teknik Tawau turun dengan harapan tinggi untuk meneruskan rentak kemenangan apabila berjumpa dengan Pasukan White Bridge pada hari kelmarin, 13/07/2011.


Perlawanan menggunakan format rasmi perlawanan FIFA

Beraksi dihalaman keramat "The Green" SM Teknik Tawau, Pasukan SM Teknik Tawau membariskan pemain baru dan lama yang diberikan kepercayaan untuk menjinakkan mana-mana pasukan yang datang.


Battle cry dulu bah...

Walau bagaimanapun, Pasukan SM Teknik Tawau tewas 3-1 dalam perlawanan ini walaupun menguasai permainan dalam separuh masa ke-2.


Rehat selepas separuh masa pertama...


Sabir dan Azry nampak keletihan namun perlawanan masih berbaki 40 minit...

Permainan bermula agak garang namun bertukar berat sebelah apabila pasukan pelawat berjaya menjaringkan 2 gol dalam 10 minit pertama. Semuanya gara-gara, Pasukan SM Teknik Tawau bermain dengan 10 orang sedangkan ada 3 pemain simpanan yang boleh dimasukkan untuk beraksi. Sebabnya, pengurus menunggu pemain veteren, Awang Wahid yang masih belum muncul untuk mengalas tugas penting bersama dengan Ahmad Fakhrurazi di bahagian tengah.

Setelah ketinggalan 2 gol, barulah Haindy memasuki padang untuk mengisi kekosongan tersebut. Pengurus... Apa cerita ni?


Apapun, saya secara peribadi sangat berpuas hati dengan persembahan Pasukan Teknik Tawau dalam separuh masa kedua. Ternyata pengalaman membezakan kedua-dua pasukan apabila ketiga-tiga pemain veteren yang bermain dibahagian tengah, Sabir, Ahmad Fakrurazi dan Awang Wahid memberikan persembahan mantap yang turut dibantu oleh kekentalan barisan pertahanan yang dikawal ketat oleh Syed Abdul Rahman, Derlan Dandang, Shamsuddin Ibrahim dan Arash...

Gol tunggal Pasukan SM Teknik Tawau dijaringkan oleh Azry @ Kadir yang mendapat hantaran lambung daripada Derlan Dandang dan berjaya melepasi perangkap offside sebelum melambungkan bola (gantung) melepasi penjaga gol pasukan lawan...


Penjaring gol tunggal Pasukan Teknik Tawau, Azry @ Kadir...

Peluang-peluang keemasan yang diperolehi Pasukan SM Teknik Tawau pada masa ke-2 sememangnya peluang yang harus disempurnakan... Apa pun tindakan penyudah yang agak tumpul dan ketangkasan penjaga gol lawan berjaya menafikan deretan kemenangan buat Pasukan SM Teknik Tawau.


Percubaan jarak jauh oleh Awang Wahid...


Tendangan percuma dari Ahmad Fakhrurazi


Tidak nampak pula bola.. Percubaan Sabir dari luar kotak penalti...


Tandukan ke belakang oleh Ahmad Fakhrurazi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol pelawat

Man of The Match bagi pasukan SM Teknik Tawau dari pandangan mata Pahaikan.com adalah Azry @ Kadir Bin Mahyudeh...


Pengurus, Cikgu Fadzilah memberikan tips perlawanan kepada para pemain...


Fernando Torres White Bridge... Hehehe...


Barisan pertahanan dan penjaga gol Pasukan Teknik Tawau...


Pengurus Kedai Rugby main bola untuk mengisi masa lapang, Cikgu Yusuf dan Cikgu Zubir


Lambat pula ko datang ni Awang... Hehehe...


Gambar kenangan bersama pengetua yang turut hadir menyaksikan perlawanan ini diseparuh masa ke-2... Gelap sudah pula ni..

UPDATE: Pasukan Teknik Tawau tersingkir dari persaingan apabila tewas 2-3 pada KGB (Kelab Guru Balung) pada 17/07/2011...

CATATAN: Rasanya Pasukan PSKPPS SM Teknik Tawau sekurang-kurangnya mendapat keputusan seri dalam perlawanan ini...