Aksi sebelum sepak mula perlawanan akhir.....

Debaran bertemu salah satu pasukan elit Daerah Tawau iaitu SMK Balung dalam perlawanan akhir Pertandingan Bolasepak Bawah 18 tahun MSSM Daerah Tawau berakhir dengan kemenangan yang sungguh berharga. Jantung bergetar dalam setiap detik perlawanan dan nafas sekali sekala terhenti melihat percubaan jarak jauh SMK Balung yang berjuang habis-habisan mencari gol untuk memusnahkan impian pasukan SM Teknik daripada mencipta sejarah dan melakar nama sebagai salah satu pasukan yang patut digeruni dalam Daerah Tawau.


Barisan pemain kesebelasan utama Pasukan SM Teknik Tawau (hijau) dan Pasukan SMK Balung (kuning) yang beraksi dalam perlawanan akhir...

Perlawanan yang boleh disifatkan sama rata ini ternyata milik SM Teknik Tawau apabila Azwan yang tidak dikawal menjaringkan gol dari jarak 35 meter pada minit ke-14 separuh masa pertama. Adik Azwan yang dikatakan mengalami kecederaan dikeluarkan daripada permainan selepas menjaringkan gol. Kedudukan 1-0 bertahan hingga tamat separuh masa pertama.

Pasukan SM Teknik mempunyai beberapa peluang baik untuk menambah jaringan namun ketabahan barisan pertahanan dan ketangkasan penjaga gol SMK Balung menidakkan semua peluang itu. SMK Balung turut mencipta peluang tetapi pemain SM Teknik Tawau yang nekad untuk mempertahankan gol tunggal perlawanan berjaya mengawal dan mengekang kedua-dua penyerang pasukan SMK Balung sehingga ke wisel penamat.

Tahniah kepada pasukan SM Teknik Tawau..... Segala usaha dan penat lelah yang dicurahkan untuk membentuk pasukan yang mantap dengan semangat juara terbayar dengan kemenangan yang bersejarah.... Tahniah kepada barisan pengurusan dan jurulatih pasukan ini...


Dari kiri: McManus Sing (Ketua Jurulatih), Edward Sabinus (Pengurus) dan Haindy Sapikit (Penolong jurulatih) yang berjaya membimbing pasukan SM Teknik Tawau di peringkat daerah... Hidup Pasok Momogun!!!


McManus Sing dijulang sempena kemenangan berharga ini...

Percaturan dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh semua pihak tidak kira dari segi komen, inventori, sumbangan peribadi dan media berjaya memberikan suntikan semangat kepada keseluruhan pasukan. Kejayaan ini semestinya telah berjaya mengukir senyuman dibibir pengetua SM Teknik Tawau iaitu Johan Okasa yang turut menyaksikan perlawanan akhir ini. Ini merupakan kejuaraan pertama yang berjaya dirangkul pada tahun ini dalam era pimpinan Johan Okasa yang kembali bertugas di SM Teknik Tawau.

Semasa sesi penyampaian, Encik Veae dari Pejabat Pelajaran Daerah Tawau sempat berjenaka... Johan memang akan Johan... (Hehehe... Kalau tidak silap la...).. Apa pun kemenangan ini pasti akan menjadi lebih manis di peringkat yang lebih tinggi...


Kapten-kapten pasukan yang mendahului pasukan mereka semasa mengambil hadiah. Dari Kiri: Saufi - Kapten SM Teknik Tawau,  Kapten SMK Balung dan Kapten SMK Kuhara. Hadiah disampaikan oleh Encik Veae Sariman.

Tahniah kepada semua pemain dan disini diselitkan senarai penjaring dalam semua 7 perlawanan SM Teknik Tawau:

SENARAI PENJARING SM TEKNIK TAWAU
Zulkifli - 5 gol
Naziruddin - 3 gol
Hazrim - 3 gol
Muhd Sazrin - 3 gol
Qayyum - 3 gol
Maxmillan - 3 gol

Yusdiandee - 2 gol
Risman - 1 gol
Azwan - 1 gol
Gol sendiri (SMK Tawau II) - 1 gol
Jumlah = 25 gol

Koleksi gambar sepanjang Pertandingan Bola Sepak Bawah 18 Tahun MSSM Daerah Tawau 2010 boleh diakses di sini: Album Pertandingan Bola Sepak Bawah 18 Tahun MSSM Daerah Tawau 2010.


CATATAN: Tahniah!! Saya dengar dapat peruntukan beli jersi. Betul kah??... Ehem... Ehem..