Pok Ding dengan Adibah memulakan acara...

Shamsuddin Ibrahim @ Pok Ding dan isteri telah mengadakan rumah terbuka di rumahnya di Taman Uni Villa pada malam 25/09/2010 yang lalu. Majlis rumah terbuka yang bermula jam 7:00 hingga 10:00 malam ini, telah dihadiri oleh rakan-rakan kerja dari sekolah dan juga jiran-jiran sekitar Uni Villa.

Antara menu masakan dalam majlis ini ialah Nasi Ayam dan Lasagna. Cukup menyelerakan sekali...


Apa pun saya hanya sempat berada di tempat majlis berlangsung selama lebih kurang setengah jam kerana mempunyai 'kerja' lain yang perlu dilakukan.


Gerakan bantu membantu di dapur...

Semoga keluarga ini akan diberkati Tuhan dan dikurniakan cahayamata......


Jiran sebelah rumah yang sampai paling awal...

CATATAN: Terima kasih....