Berbekalkan reputasi sebagai Juara Liga Super 2009 - Pasukan Selangor sememangnya tidak mempunyai masalah untuk mengalahkan Pasukan Sabah yang menamatkan kempen Liga Perdana 2009 di tangga ke-9.

Sabah kelihatan seperti pelengkap jadual apabila diundi dalam kumpulan yang kuat bersama 3 pasukan dari Liga Super iaitu Selangor, PDRM dan KM Naza.
 
Masa saya berbaris membeli tiket perlawanan di Kedai Sukan Shandu Sports, saya terdengar " Biarlah Sabah dibelasah 6-0, saya tetap sokong Sabah!!" Hehehehe... diaorang ni memang semangat tetapi yang penting Pasukan Sabah tidak akan mengecewakan penyokong mereka walaupun kalah.

Sehari sebelum perlawanan, saya berkesempatan untuk meninjau keadaan di Stadium Tawau. Beberapa pengubahsuaian dilakukan oleh pihak pengurusan stadium untuk menghadapai perlawanan tersebut. Antaranya memasang pagar besi untuk memisahkan VIP dengan penonton dan tiang gol yang baru. Tiang gol boleh-alih ditukar kepada tiang gol yang ditanam kedalam tanah. Bagi saya, persediaan ini agak baik untuk standard Piala Malaysia...



Inilah geng saya pergi tengok perlawanan ni... Brennen Ashley.. Separuh masa kedua tidur pula dia ni...



Saya rasa kira-kira 8000 orang yang datang menonton perlawanan ini dan sorakan "Sabah! Sabah! Sabah!" berkumandang diseluruh stadium... Tahniah kepada semua penyokong Pasukan Sabah!!!





Walau bagaimanapun suasana dan semangat yang mempengaruhi pasukan Sabah semalam agak memberangsangkan. Sabah mengasak kubu pasukan Selangor namun pasukan Selangor dengan mudah mematahkan serangan pasukan Sabah yang nampak macam tidak cukup training... Passing yang kurang tepat, percubaan yang tidak bertenaga, set pieces yang tidak menjadi... Apa pun secubit pujian harus diberikan kepada Pasukan Sabah kerana tidak dibelasah oleh Gergasi Merah Kuning...

Kesian Pasukan Sabah ni...

Terdapat beberapa pemain yang nampak cemerlang dalam pasukan Sabah tapi saya tidak pula tahu nama diaorang ni... pemain tengah nombor 10, dan pertahanan nombor 4. Yang lain biasa-biasa saja.. dan ada juga yang teruk...


Keputusan akhir: Sabah 0 : Selangor 1, walaupun kalah nampaknya Pasukan Sabah menunjukkan kesungguhan dalam perlawanan ini...


CATATAN: Rasanya penonton akan berkurangan dalam perlawanan yang seterusnya...