Para pelajar 4 PPKK beraksi untuk Pahaikan.com

Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar 4 PPKK 2010 dan Cikgu McManus yang telah menjemput ke majlis sambutan Hari Raya kelas 4 PPKK. Majlis sambutan yang sederhana ini dimeriahkan dengan kehadiran kuih muih dari para pelajar. Konsep pot luck la ni... Masing-masing bawa makanan...


Cikgu McManus Sing tersenyum riang melihat persediaan para pelajar untuk majlis ini...

Sambutan hari raya peringkat kelas seperti ini rasanya boleh diperluaskan ke semua kelas kerana ia boleh memupuk persahabatan dan mengeratkan silaturahim yang telah terjalin sejak pertama kali menjejakkan kaki ke dalam kelas tersebut. Kerjasama yang dijanakan melalui program seperti ini pastinya dapat membantu kemajuan individu pelajar dan keseluruhan kelas dari segi sosial dan akademik.


Pepek??


Kacang Bom


Biskut kacang


Agar-agar


Biskut Seri Bintang 4 PPKK

Terima kasih sekali lagi... Semoga kelas 4 PPKK akan terus maju dalam semua bidang yang diceburi...


Nah... Si Ain makan tidak ingat dunia... Hehehehe...

CATATAN: Jangan lupa belajar Sains di rumah...