Empat ekor lembu tumbang dalam Sambutan Hari Raya Korban SM Teknik Tawau 2010

Lama rasanya tiada sambutan hari raya korban di SM Teknik Tawau. Mungkin 3 tahun yang lepas atau lebih. Apa pun, sambutan Hari Raya Korban pada tahun ini agak meriah kerana ramai guru dan kakitangan sekolah hadir kerana musim cuti sekolah sudah bermula dan belum semuanya balik ke kampung masing-masing. Kerja gotong royong macam begini memang jarang-jarang dilihat kecuali kalau ada aktiviti seperti ini....

Peristiwa yang mengambil tempat di kawasan Flat Rindu 1 SM Teknik Tawau ini bermula sekitar jam 7:30 pagi dan berakhir kira-kira jam 1:30 petang. Memang nampak penat kerja-kerja diaorang ni tapi saya rasa semua orang berpuas hati...


Zamirul dan Wan Shamsuhaimi mengikat kaki lembu... Ikat bagus-bagus...


Lepas sembelih... Kerja melapah pula...


Lepas tu memotong... Pelan-pelan bah Pian...



Pengetua turut sama memeriahkan majlis ini...


Macam beginilah bagus... Cerita-cerita sambil potong daging...


Memang kerja keras diaorang ni...


Pelan-pelan Sabas...


Macam lama betul ko urus tu kepala tu Si.. Asah dulu tu kapak bah...


Ni geng timbang menimbang ka ni...


Menyediakan ramuan masakan ya... Jangan sampai terpotong jari...


Tatap... Yang cuci piring pun memainkan peranan penting...


Rancak juga bercerita ni Cikgu Norcahaya...


Oh... Ini rupanya yang masak sup tulang tu ya... Hehehe..


Bah pelan-pelan mengaul... Jangan sampai kering ya...


Aisyehmen... Yang ini teraccident pula.... Memang sakit ni...


Lepak santai sambil menunggu kaum hawa memasak...


Yang ini pun sama... Berehat dulu...


Yang ini kenapa pula ni...?? Tayang kapak? Hehehe.. Relaks la Skip...


Uii... PK HEM pun lepak juga... Jaga kamu si Kahar pegang kapak...


Apalah yang ditulis anak si Zamri atas kepala anak si Salinah tu..


Agih kepada orang miskin dan sanak saudara...

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur sambutan Hari Raya Korban ini kerana semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang...

Cerita Hari Raya Korban Tahun Lepas: http://www.pahaikan.com/blog/hari-raya-haji-korban-di-flat-sm-teknik-tawau-28-nov-2009
Album Hari Raya Qurban Juliati: http://www.facebook.com/album.php?aid=19723&id=100000747368614


CATATAN: Selamat Hari Raya Aidil Adha...