Fr Philip diiringi oleh anggota Tutunions dan jawatankuasa penganjur ke dalam Dewan Paroki Gereja Holy Trinity Tawau

Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Gereja Holy Trinity Tawau telah dilaksanakan pada 02 Mei 2010 selepas Misa Kudus Bahasa Melayu dan Kadazan. Majlis yang bermula kira-kira jam 11.15 pagi, didahului dengan ketibaan Fr Philip Muji yang diiringi oleh beberapa orang anggota Kumpulan Tutunions. 


Ucapan alu-aluan, Ucapan perasmian, Upacara memasukkan padi ke dalam Tangkob dan Upacara paluan gong

Acara dalam Dewan Paroki dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Penganjur iaitu Encik Edward Duin dan Pengerusi Komuniti Gereja, Encik Mario Domingo. Selepas itu, Fr Philip Muji melakukan ucapan perasmian dan melakukan upacara meletakkan padi kedalam tangkob serta membuat paluan gong sebanyak 7 kali. Pada tahun ini, upacara memotong 7 tangkai padi tidak dilakukan seperti tahun sebelumnya (Mungkin tidak ada padi di Tawau??).


Kumpulan Koir HTC yang mempersembahkan dua buah lagu sempena perayaan ini...

Selepas ucapan perasmian, Kumpulan Koir Gereja Holy Trinity Tawau mempersembahkan dua buah lagu Kaamatan iaitu Kasaakazan Do Bambaazon dan Tadau Kaamatan.


Persembahan tarian Sumazau dari Remaja TUKAD

Selepas nyanyian Koir, para hadirain dijamu dengan makanan tradisional Kadazandusun yang terdiri daripada masakan rebung, rinawal, pucuk betik, bosou, kinoring bakas dan banyak lagi. Suasana semasa makan diserikan dengan dua persembahan iaitu Tarian Sumazau (Tarian selepas menuai padi) dan Tarian Mororobuat (Tarian semasa menanam padi).


Kumpulan Tutunions membuat persembahan dengan beberapa anggota baru..

Selepas itu, Kumpulan Tutunions mengambil pentas untuk menyampaikan 5 buah lagu menggunakan peralatan tradisional iaitu peralatan musik dari bambu. Persembahan mantap dari kumpulan ini mendapat perhatian dari semua penonton dan ramai yang merekodkan persembahan mereka ini dalam bentuk video.


Persembahan Solo dengan menggunakan seruling bambu... Memang mantap!!..

Dalam masa yang sama, minuman tradisional iaitu lihing diberikan kepada mereka yang memang pandai minum. Memang sedap lihing yang dibekalkan pada kali ini... Apa pun ini adalah antara tanda penghormatan terhadap padi yang turut dijadikan minuman untuk meraikan pesta Kaamatan...


Kita minum dulu....

Acara kemuncak dalam perayaan kali ini ialah Pertandingan Fesyen Kanak-kanak yang disertai oleh 11 orang kanak-kanak perempuan yang mengayakan pakaian tradisional suku kaum Kadazandusun di Sabah. Ada yang mengenakan pakaian dari suku Kadazan Papar, Keningau, Tuaran, Penampang dan ada juga yang mengenakan pakaian suku kaum Rungus... Memang bagus budak-budak ni bergaya...


Semua kesebelas peserta Pertandingan Fesyen Kanak-kanak dalam perayaan kali ini...

Ternyata pada kali ini ada satu kejutan yang dibuat iaitu peserta ke-11 sebenarnya adalah seorang budak lelaki... Hehehe... Memang lucu rasanya ditipu... Dan markah budak lelaki ini tidak dikira... Sekadar untuk menghidupkan suasana dewan... Tapi memang tidak ketara langsung... Terima kasih kepada lawak yang hebat ini...


Inilah peserta lelaki yang dimaksudkan...

Secara keseluruhannya, majlis ini telah dijalankan dengan berjayanya. Semua orang yang terlibat kelihatan berpuas hati dengan apa yang diberikan... Dan yang paling penting semua suku atau bangsa tidak kira siapa mereka dapat bersama-sama merasai dan meraikan perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Gereja Holy Trinity Tawau... Sekian...


Terima kasih kepada kedua-dua pengacara majlis ini yang telah menjalankan tugas dengan baik..

CATATAN: Siapa yang menang Pertandingan Fesyen Kanak-Kanak ya??