Ustazah Munirah memberikan ucapan terakhir secara rasmi buat semua pelajar dan guru semasa Majlis Perhimpunan Mingguan pada 28/02/2011...

Ustazah Munirah yang mula berkhidmat di SM Teknik Tawau pada September 2009 akhirnya berjaya mendapatkan perpindahan untuk balik ke semenanjung untuk bersama dengan suami dan anak. Sekolah yang baru ialah Sekolah Menengah Vokasional Selangor (Dulu dikenali dengan Sekolah Menengah Teknik Selangor, Sungai Buluh).

Ustazah yang diberikan kesempatan untuk memberikan ucapan terakhir kepada warga SM Teknik Tawau dalam Majlis Perhimpunan Mingguan Sekolah pada hari Isnin lepas, merakamkan ribuan terima kasih kepada semua warga guru dan pelajar serta yang sentiasa memberikannya peluang untuk memperbaiki diri dan seterusnya mengukuhkan kredibilitinya sebagai guru.

Terima kasih kepada Ustazah Munirah dan semoga berjumpa lagi...

CATATAN: Bilalah pula si Haindy dengan si Shamsul dapat pindah?