Biru, putih, kuning dan merah .... Warna Jalur Gemilang!!!

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-53...

Sebenarnya sampai hari ini... Saya masih berfikir... Adakah Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 (http://www.i-putra.com.my/announcement/sej_merdeka_more.htm) atau menyambut kemerdekaan kesemua ahli yang membentuk Malaysia iaitu Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Sila rujuk Sejarah Ringkas Pembentukan Malaysia di sini: http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-73673.html

Saya pasti semua orang masih keliru (seperti saya) tentang perkara ini. Dalam internet sahaja, banyak artikel yang cuba membincangkan perkara ini dan saya rasa perkara ini perlu dijelaskan kepada semua.

Adakah Sabah & Sarawak merdeka pada tarikh yang sama, iaitu 31 Ogos? Atau pada 16 September 1963?

Dalam Borneo Post baru-baru ini (09 Ogos 2010), Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan ada menyatakan bahawa kemerdekaan Sabah dan Sarawak jatuh pada tarikh yang sama iaitu 31 Ogos, cuma tahunnya berbeza iaitu 1957 dengan 1963 (http://www.theborneopost.com/?p=56441). Dan dalam Wikipedia (http://en.wikipedia.org/wiki/Sabah) dibawah subtopik Second World War and Road to Independence ada menyatakan "On August 31, 1963 North Borneo attained self-government". Kenyataan ini menyokong pernyataan Tan Sri Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Berdasarkan kepada sumber rujukan diatas, ternyata Sabah (Borneo Utara) telah merdeka pada 31 Ogos 1963 iaitu 47 tahun yang lalu.

Tetapi mengikut sabahcolonised.blogspot.com dalam blognya (http://sabahcolonised.blogspot.com/2007/09/lying-about-sabahs-independence.html), Sabah belum merdeka pada 31 Ogos 1963 tetapi hanya merdeka setelah membentuk Malaysia. Penulis blog ini ada memetik satu ayat dalam Dokumen Pemashoran Malaysia iaitu:

In the document tittled in Malay: Dokumen Pemashoran Malaysia, signed by the Prime Minister of Malaysia on the 16th September, 1963 it was stated that:

".. as from the establishment of Malaysia the States of Sabah, Sarawak and Singapore shall cease to be colonies of Her Majesty the Queen ..."

"mulai daripada penubuhan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura hendak-lah tamat daripada menjadi jajahan taalok Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen"

(Source: picture of document published in Sabah History in pictures (1881-1981) by Johan M. Padahan.)


Dan melalui dokumen ini,  pada tarikh keramat 16 September 1963, Malaysia dengan rasminya dibentuk dengan persetujuan mengenai 20 Perkara (yang pada hari ini telah dimansuhkan semuanya...).

Jadi? 31 Ogos atau 16 September?

Mungkin saya perlu bersetuju dengan pernyataan Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dan wikipedia.com bahawa Sabah telah pun merdeka pada 31 Ogos, 47 tahun yang lalu...

Sebab melalui hasil tulisan di http://malaysia-today.net/mtcolumns/from-around-the-blogs/34218-sabahs-15-days-of-independence. Sabah telah diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1963 tetapi tampuk pemerintahan masih dipegang oleh Pihak British sehingga tarikh 15 September 1963. Mungkin 16 hari itulah (dari 31 Ogos hingga 15 September) Sabah betul-betul merdeka... Dan selepas itu....

Sekarang 16 September telah pun diiktiraf sebagai Hari Malaysia...

Gembira + Sedih!!!

Kenapa sedih??


Sememangnya sangat sedih apabila mengetahui setelah 47 tahun merdeka dibawah payung Malaysia, salah satu entiti yang membentuk Kerajaan Malaysia pernah disenaraikan sebagai negeri paling miskin pada tahun 2007 (http://mykedurau.blogspot.com/2009/06/sabah-negeri-termiskin-di-malaysia.html). Negeri Sabah yang kaya dengan sumber bahan asli seperti minyak dan kayu balak (http://freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/sabah-and-sarawak/4128-push-for-sabah-swak-independence-next-stop-un) menjadi negeri termiskin di Malaysia!!!... Yang paling terkini (2009)... negeri ke-2 paling miskin di Malaysia selepas Negeri Terengganu....



Walau bagaimanapun, saya masih bersyukur dan berterima kasih untuk semua yang telah berlaku. Keamanan yang diperlukan dalam sesebuah negara yang telah dicetuskan dibawah pemerintahan Allahyarham Tun Abdul Razak masih dapat dikekalkan sehingga ke hari ini... Yang ini paling mustahak...

Dari segi ekonomi pula, Malaysia telah mengalami beberapa siri krisis kewangan dalam tempoh 20 tahun. Dan kini rasanya Malaysia telah kembali ke landasan yang tepat untuk mengukuhkan semula kedudukan ekonominya. Menurut laporan dalam miti.gov.my pada 31 Mei 2010, Malaysia semakin berdaya saing dalam kedudukan 58 ekonomi dunia. Dalam laporan ini, YB Dato' Sri Mustapa Mohamed menyatakan bahawa Malaysia semakin mengukuhkan kedudukannya pada nombor 10 dari nombor 19 pada 2009 untuk terus berdaya saing dalam kelompok 58 ekonomi dunia termasuk Denmark, Belanda dan United Kingdom. Baca artikel ini seterusnya di http://www.miti.gov.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_ed55498e-c0a81573-6bc76bc7-6e6b5015. Semoga Malaysia akan terus maju dan makmur dimata dunia...

Dan satu lagi ialah tentang kadar inflasi negara. Mengikut Bank Negara, kadar inflasi Malaysia pada tahun ini akan kekal sederhana dibawah 2.0%. Untuk menjaga hati rakyat... kerajaan yang ada sekarang harus mengawal faktor-faktor yang mempengaruhi kadar inflasi negara untuk mengurangkan kesan inflasi kepada rakyat. Kenaikan harga barangan yang tidak menentu pastinya sangat mempengaruhi perbelanjaan bulanan kita semua...

Akhirnya...

Dalam pada kita bergembira untuk kebebasan dan kemakmuran yang kita perolehi, kita perlu berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang selama ini berbangga hidup di Malaysia dan turut berusaha untuk membina identiti negara berasaskan kepada visi 1Malaysia. Terima kasih juga perlu diucapkan kepada pencipta Jalur Gemilang... Allahyarham Mohamed Hamzah yang telah mewujudkan salah satu identiti Malaysia yang sangat dibanggakan sehingga ke hari ini...

Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947 - Sumber: http://www.i-putra.com.my

Tidak lupa diucapkan kepada semua pemimpin negara yang telah melaksanakan tugas dengan baik selama ini...

CATATAN: Sejarah perlu direnung sedalam-dalamnya supaya perkara yang sama tidak berulang.... Sayang Malaysia!!!