Lawatan perasmi dan pihak pentadbir SM Vokasional Tawau ke booth pameran...

Program Seminar dan Pameran Pendidikan Kerjaya yang berlangsung di Dewan Tun Ahmad Shah, SM Vokasional Tawau adalah program anjuran bersama UBK SMV Tawau & Kumpulan Yayasan Sabah. Sembilan buah kolej yang berpusat di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur mengambil bahagian dalam pameran ini.


Encik Rais, wakil PPD Tawau merasmikan program ini...

Dalam ucapan perasmian program oleh Encik Rais, iaitu wakil Encik Darmansah Haji Asakil, Pegawai Pelajaran Daerah Tawau, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur dan juga pihak kolej yang hadir untuk menjayakan program ini.


Uni Sel turut berbesar hati menyampaikan banner pemberi semangat buat para pelajar SPM 2012...


Booth pameran Kolej BERJAYA... atau lain ka nama?...


Promosi giat berjalan...


Banyak kursus yang ditawarkan berkaitan langsung dengan kursus di SM Vokasional Tawau...


Sekolah lain sekitar Daerah Tawau turut dijemput untuk menghadiri pameran ini...


Booth UiTM...

Gambar lain semasa pameran ini boleh dilihat disini: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.503798176296935.122138.100000002726077&type=1

CATATAN: Bagus juga pilih tempat sambung belajar awal-awal.......