Seminar yang berlangsung dari jam 7:30 pagi hingga 1:30 petang...

Seminar Pendidikan Kerjaya Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SM Teknik Tawau ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang pilihan kerjaya yang ada dan memotivasikan mereka untuk mendapat keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan SPM yang bakal menjelang...

Dalam seminar ini, Unit Bimbingan & Kaunseling turut menjemput beberapa IPTA dan IPTS yang turut menerangkan dan mempromosikan kursus yang mereka tawarkan. Di sini turut disertakan jadual aturcara seminar untuk tatapan para pembaca.


Antara penceramah yang memberikan taklimat dan ceramah dalam seminar ini...


Aturcara seminar...

Daripada sambutan yang diberikan pelajar kepada para penceramah serta suasana dalam Dewan Tun Ahmad Shah, rasanya pelajar seronok mendengar taklimat yang disampaikan. Pelajar juga banyak bertanya dan memberikan maklumbalas yang baik tentang seminar ini.


Para pelajar lelaki yang sedang menumpukan perhatian kepada maklumat yang sedang disampaikan...


Pelajar perempuan pun sama juga... Tapi diaorang ni macam langsung tidak perasan ada kamera ambil gambar...

Masa kelas Kimia pada hari keesokannya pun masih ada pelajar yang bertanya tentang kerjaya yang boleh mereka ceburi kelak. Sememangnya seminar seperti ini boleh meningkatkan motivasi para pelajar... Tahniah kepada UBK dan semua IPTA serta IPTS yang telah menjayakan program ini...


Cikgu Nurliza (Kiri) yang menerajui UBK SM Teknik Tawau...

CATATAN: Cita-cita dan impian tidak sama....