Ketua Jabatan Sains & Matematik, Cikgu Darawati menyampaikan cenderamata dan saguhati kepada Encik Ashmir...

Seminar Peningkatan Prestasi Kimia SPM 2010 telah berjaya dilaksanakan oleh Panitia Kimia SM Teknik Tawau pada 10 Julai 2010 yang lalu. Dengan menjemput penceramah khas dari SMK Arshad, Kota Belud, Sabah iaitu Encik Ashmir Abdul Raus.

Encik Ashmir yang sebelum ini telah datang ke Tawau untuk Program Peningkatan Profesionalisma Guru Kimia pada 08 Mei 2010.


Apa yang menyedihkan dalam seminar ini ialah kehadiran pelajar. Dengan sasaran seramai 197 orang pelajar, hanya 70% daripada jumlah ini yang hadir. Sesuatu yang agak mengecewakan bagi saya selaku Ketua Panitia Kimia dan penyelaras bagi program ini. Tindakan akan diambil bagi semua pelajar yang gagal menghadirkan diri tanpa sebab yang munasabah.


Gambar Kenangan Pasukan Panitia Kimia SM Teknik Tawau bersama Encik Ashmir dan Cik Darawati selepas tamat program

Dan sekalung ucapan tahniah kepada semua guru-guru Kimia SM Teknik Tawau dan juga ucapan terima kasih kepada Ketua Jabatan Sains dan Matematik SM Teknik Tawau, Cik Darawati Pataruddin yang turut sama bersusah payah menjayakan seminar ini.


Pelajar kelihatan gembira dengan ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Ashmir


Pelajar Tingkatan 5 semasa berbaris mengambil makanan di Dewan Makan semasa waktu rehat antara Sesi Ceramah 1 dan 2..

Semoga apa yang dikongsikan oleh Cikgu Ashmir dapat dimaanfatkan sepenuhnya oleh semua pelajar yang hadir dalam seminar ini.


Makan malam bersama penceramah di Restoran Steamboat Daily Q... Terima kasih kepada Cikgu Darawati yang telah mensponsor makan malam ini...

Makan tengahari bersama Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Azman Bin Mansur di Dewan Makan Sekolah...

CATATAN: Sedih + Gembira ......