Sumbangan berharga... Para pembawa Bendera Warna Warni Rumah Sukan...

Sinar Obor Teknik Kali Ke-13 berlangsung dengan meriah hari ini, dengan warna hijau, biru, kuning, merah, ungu, oren, coklat dan hitam menghiasi keseluruhan kawasan berbumbung Stadium Utama, Kompleks Sukan Tawau. Semangat kesukanan dan harapan pastinya membara dan bersemarak di dalam diri setiap warga Teknik Tawau yang sama-sama memeriahkan majlis ini.

Sinar Obor Teknik Kali Ke-13 ini dirasmikan oleh YB Datuk Hj Tawfiq Bin DSP Hj Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah merangkap Adun N. 56 APAS.


YB Datuk Hj Tawfiq Bin DSP Hj Abu Bakar Titingan tiba lebih kurang jam 8:20 pagi


Banner Sinar Obor Teknik Kali Ke-13..

Pelajar mula berkumpul di dalam Stadium Utama lebih kurang jam 6:30 pagi sambil bersedia untuk Perbarisan Lintas Hormat yang dijadualkan pada jam 8:00 pagi.


Pelajar asrama menaiki bas Kolej Komuniti untuk ke Kompleks Sukan Tawau


Pasukan Perbarisan PPIM sedang mempersiapkan diri untuk Perbarisan Lintas Hormat...


Ini kali pertama Kadet Polis menyertai Sinar Obor Teknik...


KAPA... Juara Bertahan Perbarisan Sinar Obor Teknik...


Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia melengkapkan penyertaan untuk Sinar Obor Teknik kali ini...


Pasukan Pengakap - "SENTIASA BERSEDIA"...


Cantik pula aksesori pakaian perbarisan Rumah Wira ni...


Rumah ARKA mempertaruhkan Ismail sebagai pembawa Bendera Rumah Sukan pada kali ini...

Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh bendera warna warni rumah sukan dan kontinjen pertama yang mendahului perbarisan rumah sukan ialah Kontinjen Rumah ARKA manakala bagi unit beruniform pula ialah Unit Pengakap. Penyertaan kali pertama Kadet Polis ternyata memberikan impak positif dengan pakaian yang lengkap untuk perbarisan. Tapi, yang paling penting, semua unit perbarisan telah memberikan persembahan yang mantap, sesuai dengan latihan yang dibuat sebelum ini.


YB Datuk Tawfiq bersiap sedia untuk menerima tabik hormat dari kontinjen Perbarisan Rumah Sukan dan Unit Beruniform


Bendera warna-warni Rumah Sukan yang bertanding...


Kontinjen Perbarisan Rumah ARKA


Kontinjen Perbarisan Rumah DATA


Kontinjen Perbarisan Rumah MEGA


Kontinjen Unit Pengakap


Kontinjen Kadet Polis


Kontinjen Kadet Pertahanan Awam (KAPA)


Pandangan dari belakang para kontinjen perbarisan...


Kontinjen-kontinjen Perbarisan Lintas Hormat dari pandangan Juruacara Majlis...

Selesai sahaja perbarisan lintas hormat, perarakan Bendera Kejohanan dilakukan oleh barisan Pengawas Sekolah yang diketuai oleh Adik Amirul Ariff Bin Zainal.


Barisan Pembawa Bendera Kejohanan


Bagus kerja korang ni...


Susahnya mau buka tali ni...


Ikat kuat-kuat... Nanti terlepas pula..

Kemudian, tumpuan beralih kepada ucapan aluan daripada Pengetua, Encik Johan Okasa dan ucapan perasmian daripada YB Datuk Hj Tawfiq Bin DSP Hj Abu Bakar Titingan. Seperti biasa, Datuk Tawfiq berkongsi pengalaman bersukan semasa berada dibangku sekolah sambil merujuk kepada statsistik penyakit yang disebabkan oleh kegagalan untuk membuat senaman kesihatan.


Tekun mendengar ucapan...


Bendera dinaikkan tanda Kejohanan Sinar Obor Teknik Kali Ke-13 dirasmikan...

Selepas ucapan perasmian dan menaikkan bendera kejohanan, majlis diteruskan dengan Bacaan Ikrar Kejohanan, Acara Ramah Mesra VIP dengan kontinjen perbarisan dan diikuti dengan persembahan Tarian Zapin dari SMK Jalan Apas.


Bacaan Ikrar Kejohanan deiiringi oleh semua pembawa bendera Rumah Sukan


"Bahawasanya... Kami..."


Banyak aktiviti Kadet Bomba tahun ini, cikgu?


Macam lain pula pandangan si Heati ni...?? Hehehe...


Memang ramai jurugambar masa ni... Biasalah kalau orang politik kann..


Sekarang nombor berapa, cikgu?...


YB kena tengok tempat saya tu.. Sudah 3 hari tiada air... Hehehe.. Memang ni kalau Cikgu Idham..


Sesi bergambar bersama barisan VIP...


Barisan penari yang di"import" khas dari SMK Jalan Apas...


Terpaksa juga diorang menari di terk larian... Panas mungkin ni...


Ewah...


Memang bagus diorang menari ni.... Untuk level sekolah menengah la..


Terima kasih juga untuk cikgunya... Menurut maklumat yang saya terima, kumpulan penari ini akan mewakili Negeri Sabah dalam untuk pertandingan peringkat Kebangsaan... Tahniah ...

Selepas itu, acara sukan disambung semula. Hanya acara  400 m, 100 m, 200 m, 4 x 100 m dan 4 x 400 m dipertandingkan. Acara lain telah pun selesai dalam Pra Sinar Obor 1 & 2.. Seperti biasa, ramai atlit mengalami masalah kekejangan...


Acara 4 x 400m lelaki


Berlari dengan selesa di tangga ke-2


Uuuhhh... Macam penat ni...


Kasi tinggal yang lain...


Barisan petugas Kecemasan...

Nampaknya tiada rekod baru kejohanan dicatatkan dalam SOT Ke-13, sama seperti sebelumnya. Walau bagaimanapun, atlit-atlit sekolah ternyata menyerlah dalam banyak kategori dan beberapa bakat baru telah dapat dikenalpasti untuk mempersiapkan Kontinjen Olahraga SM Teknik Tawau bagi peringkat Daerah Tawau pada tahun hadapan.


Pemenang Acara 100m perempuan

Acara terakhir dalam SOT ke-13 kali ini adalah Acara 8 x 50 m untuk guru-guru dan KTBM yang telah diubahsuai kepada 6 x ? m akibat kekurangan pelari. Saya berkempatan untuk menyertai larian ini bersama barisan pentadbir. Hehehe... Memang sakit kaki bila tiba-tiba lari....


Antara guru-guru yang menyertai larian


Susah mau lari ni macam.. (Gambar dari Facebook Naizuwan Hashim)

Semua acara tamat lebih kurang jam 12.50 petang dan diteruskan dengan penyampaian hadiah dan majlis penutupan.


Bilangan markah yang dikutip sebelum dua acara terakhir... 4x400m lelaki dan perempuan

Antara keputusan pertandingan yang menarik perhatian saya ialah:
  • Keputusan Pertandingan Perbarisan Lintas Hormat Kategori Unit Beruniform dimenangi oleh Persatuan Bulan Sabit Merah, Kadet Polis ditempat ke-2 dan Kadet Pertahanan Awam (KAPA) ditempat ke-3. (2009: KAPA, Kadet Bomba, PBSM / 2010: KAPA, Pengakap, KRS)
  • Keputusan Pertandingan Perbarisan Lintas Hormat Kategori Rumah Sukan dimenangi oleh DATA, MEGA, SAGA, WIRA. (2009: DATA, ARKA, MEGA, SAGA / 2010: ARKA, DATA, SAGA, MEGA)
  • Rumah MEGA yang hampir setiap tahun menduduki kedudukan terakhir akhirnya meloloskan diri dan menjulang kedudukan mereka ke tangga pertama keseluruhan. Kedudukan akhir rumah sukan dalam SOT ke-13 ialah MEGA, SAGA, DATA, KASTURI, JEBAT ARKA, WIRA, TUAH. Tidak sempat pula ambil gambar markah keseluruhan diorang ni... Apapun, kedudukan awal (gambar) tidak terlalu berubah kecuali rumah SAGA dan rumah DATA (2009: ARKA, DATA, MEGA, SAGA / 2010: DATA, ARKA, SAGA, MEGA)
Tiada maklumat diperolehi tentang Olahragawan dan Olahragawati SOT 2011. Kalau ada sesiapa yang tahu, namanya, bilangan pingat yang dimenangi, dan lain-lain bolehlah kongsi maklumat disini...

Ucapan terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada barisan pasangan pengacara iaitu Cikgu Mohammad Yamalang, Cikgu Adibah Aspa dan Cikgu Rasna Jalaly yang berjaya mengendalikan majlis dengan baik. Memang tetap dan berpencen diorang ni...

Jumpa lagi dalam SINAR OBOR TEKNIK tahun hadapan...

CATATAN: Tahun ini sempat pakai pakai sun block... Selamat sikit.....