Konvensyen Keusahawanan Koperasi Sekolah Peringkat Negeri Sabah ini telahpun berlangsung pada 12-13/09/2011 yang lalu, bertempat di Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu. Konvensyen ini adalah anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sabah yang telah dijadikan acara tahunan sejak beberapa tahun yang lalu.

Seramai 4 pelajar yang mewakili sekolah iaitu Abdul Rashid Ramli (Managing Director), Mohd Afiq Dulmi (Project Manager), Aisyah Asmuni (Marketing Manager) dan Nurfaridah Suratani (Financial Manager) telah berjaya mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menjadi johan dalam pertandingan tersebut. Pasukan ini telah mengutip markah tertinggi sebanyak 88.8% menewaskan 7 buah sekolah lain yang bertanding.

Tahniah diucapkan kepada pasukan ini dan diharapkan agar dalam pertandingan peringkat kebangsaan yang bakal diadakan di Negeri Selangor (tempat khusus tidak diketahui) nanti, pasukan ini akan mencipta kejutan.

CATATAN: Tahniah juga kepada guru pengiring pasukan ini yang berjaya membimbing pasukan ini untuk menjadi juara...