Pasukan Softbol (P) SM Teknik Tawau yang bakal beraksi dalam Kejohanan Antara Teknik di Sandakan

Pasukan Softbol SM Teknik Tawau telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pasukan SK Umas-umas pada 23/04/2010 yang lalu. Perlawanan yang dimainkan selama 1 1/2 jam ini bermula sekitar jam 3:30 petang hingga 5:00 petang.

Ternyata Pasukan SM Teknik Tawau bukan lawan SK Umas-umas yang memenangi perlawanan ini dengan mata 13 berbalas 4. Saya turut dimaklumkan bahawa dalam perlawanan persahabatan sebelum ini SK Umas-umas juga menang dengan mata 17 - 2.


Antara aksi perlawanan yang sempat dirakamkan...

Walau bagaimanapun, cara permainan SM Teknik Tawau boleh dikatakan telah meningkat dan pastinya kelemahan yang masih wujud dapat diatasi sebelum pasukan ini bertandang ke Sandakan untuk menghadapi lawan dalam Kejohanan Antara Teknik nanti. Semoga berjaya......


Gambar kenangan menentang Pasukan Softbol Lelaki SK Umas-umas

CATATAN: Kiut-miut pula budak Softbol ni.....