Acara yang dipertandingkan untuk Sukantara SOT 2010: Lompat Tinggi, Lontar Peluru, Lompat Jauh dan Lempar Cakera

Sukantara Sempena SOT 2010 bermula pada 09/02/2010 dan akan berakhir pada 11/02/2010.  Kira-kira 800 pelajar terlibat dalam program ini. Program sukan selama 3 hari ini mengambil masa yang lebih panjang kerana diadakan pada sebelah petang iaitu dari jam 2.30 hingga 4.30 petang selepas proses p & p.

Persediaan untuk program sukantara ini bermula kira-kira 3 minggu yang lepas dibawah penyelarasnya, En. Yusuf Mohd Nor. Tarikh asal program ini adalah berbeza namun atas perbincangan muafakat semua pihak, masa dan tarikh asal dipinda supaya proses p & p tidak terganggu. Terima kasih kepada semua pihak yang komited menjalankan amanah yang diberikan.


Guru-guru yang komited menjalankan tugas... Berpayung pula si Awang Jamain... Hehehe..

Cara permarkahan atau skor diubah sedikit daripada cara yang asal iaitu daripada 1 markah sahaja kepada 1 - 3 markah berdasarkan kepada pencapaian individu pelajar. Tapi satu yang agak mengejutkan ialah lompatan minimum untuk lelaki ditetapkan pada 1.3 meter. Tinggi betul la... Yang perempuan pula cuma 1.0 meter.


Gaya pelajar menunggu giliran di bawah terik matahari...

Kepada yang ingin melihat aksi-aksi guru dan pelajar yang sempat dirakamkan semasa sukantara ini, sila klik link berikut: Album Sukantara SOT 2010.

CATATAN: Nasib baik tidak hujan...