Penyelaras dengan sebahagian daripada AJK Pelajar yang bertugas sepanjang kejohanan...

Sukantara SM Vokasional telah berlangsung dengan meriah selama dua hari iaitu 23 - 24 Mei 2012.

Sebanyak 4 acara dilangsungkan untuk sukantara ini iaitu Acara 100 meter, Acara Lontar Peluru, Acara Lompat Tinggi dan Acara Lompat Jauh.


Macam laju pula ni.... Try buat panning... Hehehehe...


Semua pun menunggu lontaran si Acai ni...


Aik... Tidak jadi lontar ka..??


Cikgu Idham mencuba untuk membuat rekod dunia dalam acara Lompat Jauh...

Untuk Sukantara kali ini, saya bertugas di tempat acara lompat tinggi... Jadi, gambar yang banyak ialah gambar lompat tinggi... Macam dibawah ni la...


Macam mau terjun sungai saja ni...


Gaya menarik ni.....


Uikss... Relaks ba... Jangan kelam kabut...


Ini macam main getah saja ni...


Ini pun sama... Nasib baik tidak di crop gambar ni...


Yang ini macam berkuntau pula ni... Hahahaha...


Yang ini pula... Salah landing... Adakah pula landing di atas tanah!!!...


Seronoklah Cikgu Idham... Lucu-lucu pula aksi lompat tinggi ni kann...

Untuk mendapatkan mata bagi rumah, setiap pelajar dikehendaki melepasi had kelayakan minimum untuk setiap acara. Berikut adalah had kelayakan minimum yang ditetapkan oleh penyelaras kali ini (Ikut KOAM dia bilang....).

Lompat Tinggi: Lelaki - Lelaki - 140 cm, Perempuan - 120 cm.
Lompat Jauh: Lelaki: 4.5 meter, Perempuan - 3 meter
100 meter - Lelaki - 14 saat, Perempuan - 16 saat
Lontar Peluru - Lelaki - 6 meter, Perempuan - 4 meter

Berikut adalah senarai pemenang mengikut mata terkumpul keseluruhan:

1. Rumah Data (124 mata)
2. Rumah Kasturi (96 mata)
3. Rumah Saga (94 mata)
4. Rumah Mega (92 mata)
5. Rumah Arka (86 mata)
6. Rumah Tuah (74 mata)
7. Rumah Wira (68 mata)
8. Rumah Jebat (44 mata)

Gambar-gambar semasa acara lompat tinggi boleh dilihat disini (Facebook):
23 Mei 2012: Bahagian 1 dan Bahagian 2
24 Mei 2012: 1 Bahagian Sahaja


Lompatan hampir menang dari Cikgu Harun...


Cikgu Ah Seng pun tidak ketinggalan....


Tapak Pertandingan Lontar Peluru Guru Lelaki...


Cikgu Shamsuddin berjaya membuat "balingan tidak terkalah" dalam pertandingan ini...


Yang ini pula... "Balingan terlepas dari tangan" dari Cikgu Marklin tapi kira jauh juga la... Hehehehe...

Untuk acara lain, sila klik Facebook Cikgu Muhammad Yamalang dan Cikgu Naizuwan Hashim.

CATATAN: Berbaloi-baloi panasnya waktu sukantara ni....