Senyum lebar nampak... Hehehe...

Keputusan SPM 2010 SM Teknik Tawau dikeluarkan secara rasminya pada jam 1:00 petang kelmarin, 23/03/2010 dengan penuh suka dan duka. Ramai pelajar mula berpusu-pusu datang untuk mengambil keputusan masing-masing apabila Kaunter Pengambilan Slip SPM 2010 dibuka pada jam 2:00 petang.


Sabar dulu... Nanti tiba juga giliran korang..

Walau bagaimanapun, semua pelajar terpaksa menjalani tapisan hutang supaya semua hutang mereka dapat dilangsaikan sebelum mendapat slip masing-masing. Seperti biasa: buku teks, jersi sekolah, baju unit beruniform dan buku perpustakaan adalah antara item yang akan dikutip daripada pelajar. Dan kepada yang menghilangkan item tersebut.. Ganti duitlah jawabnya.. Apa pun terima kasih kepada semua pelajar yang memberikan kerjasama..


Nah... Inilah Kaunter Hutang yang perlu dilalui sebelum mengambil slip SPM... Pelan-pelan ya cikgu... Hehehhe..

Guru-guru pun seronok masa ni... Apa tidaknya.. Mau tengok keputusan anak didik masing-masing. Tapi, ya lah... Walaupun tidak semuanya mendapat keputusan yang mereka jangkakan, namun mereka semua tetap berpuas hati dengan hasil yang diperolehi. Saya secara peribadi juga berpuas hati dengan pencapaian mata pelajaran Kimia untuk SPM 2010. Sekurang-kurangnya semua lulus walaupun kualitinya agak kurang memuaskan.


Ambil slip kena tandatangan dulu...


Hm.. Pelan-pelan cikgu.. Macam mana pencapaian keseluruhan?


Tengah cek kelas mana tu ya?...


Cikgu Andry Lim dan Cikgu Nizam tengah melihat keputusan pelajar Kursus PKE

Dan disebalik kesibukan di bahagian Pengambilan Slip SPM, di BMG 2 pula, ada 4 orang yang sedang sibuk menghabiskan analisis keputusan SPM. Em.. Bikin statistik la katakan... Tujuannya ialah untuk mengira gred purata sekolah, gred purata setiap matapelajaran, mencari pelajar terbaik setiap aliran dan juga pelajar terbaik keseluruhan.


Cikgu Zamirul dan Cikgu Keegan sedang memasukkan data untuk Aliran Vokasional


Cikgu Sariah dan Cikgu Darawati sedang memasukkan data untuk Aliran Teknikal, ERT dan SKM

Dan beberapa maklumat daripada statistik tersebut boleh dirujuk dibawah... Terima kasih kepada Unit Statistik kerana susah-susah saja..



STATISTIK KEPUTUSAN SPM 2010

JABATAN VOKASIONAL
PERATUS LULUS = 99.31%

JABATAN TEKNIKAL
PERATUS LULUS = 100%
(13 TAHUN BERTURUT-TURUT)

JABATAN SIJIL KEMAHIRAN
PERATUS LULUS = 68.42%

34 MATAPELAJARAN MENDAPAT 100% KELULUSAN

KEPUTUSAN TERBAIK 7A 1 B

SERAMAI 27 ORANG PELAJAR MENDAPAT 5A DAN KE ATAS

PENCAPAIAN KESELURUHAN SPM 2010
PERATUS LULUS = 96.82%
GRED PURATA SEKOLAH = 4.61

TEMPAT KE-3 TERBAIK
ANTARA
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH TAWAU

CATATAN: Tahniah kepada semua Warga Teknik Tawau yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung... Tahniah juga diucapkan kepada para ibu bapa yang terus menyokong sekolah...